saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/07/2004

Rabbani cuba yang terbaik dalam Yalla Beena

AKUR dengan keadaan pasaran album yang sangat lembap ketika ini, kumpulan Rabbani memilih hanya memasukkan lima lagu baru dalam album terbaru mereka, Yalla Beena.

Dalam kekalutan industri hiburan yang kurang mendapat sokongan masyarakat untuk membeli produk asli, cara ini diharap mendorong peminat untuk memilikki album berkenaan.

Album ini memuatkan 18 lagu terbaik kumpulan nasyid popular ini termasuk lima lagu baru itu.

Lagu-lagu baru itu ialah Yalla Beena, Teman Sejati, Assalamualaikum, Fikirkanlah dan Berkelana.

``Ini cara yang semakin banyak diguna oleh artis di luar negara. Tidak banyak artis yang berani muncul dengan album rakaman penuh.

``Alternatif mereka ialah memasukkan hanya dua atau empat lagu baru dan selebihnya lagu-lagu lama yang dikompilasikan semula.

``Cara ini juga digunakan oleh Rabbani untuk album mereka kali ini,'' jelas salah seorang penerbit album berkenaan, Yasin pada majlis pelancaran Yalla Beena di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Yasin adalah satu pembaziran jika melahirkan album rakaman penuh sedangkan ia tidak mendapat perhatian masyarakat.

Kata-kata Yasin ini disokong oleh seorang lagi komposer yang terlibat dalam album ini, Ameng (Spring).

``Peminat nampaknya sangat kedekut dengan kita untuk membeli album penuh. Mereka sayang duit.

``Bila peminat kedekut, kita pun kena kedekut dengan mereka dan beri beberapa lagu baru saja macam dalam album ini,'' kata Ameng, pencipta lagu Fikirkanlah.

Bagaimanapun Rabbani memastikan kelima-lima lagu baru ini adalah yang terbaik kerana itu adalah faktor utama yang boleh menarik orang membeli album berkenaan.

``Apa juga keadaannya, kita kena hasilkan lagu-lagu yang terbaik.

``Walaupun hanya lima lagu baru, tetapi kami berbesar hati kerana kesemua lagu ada potensi untuk muncul sebagai killer song,'' kata ketua kumpulan Rabbani, Asri.

Bercakap tentang album itu juga, kata Asri, Yalla Beena dipilih sebagai judul kerana kekuatan melodi dan liriknya.

Yalla Beena bermaksud Jom! Let's Go atau Marilah.

``Dalam erti kata lain, lagu ini mengajak manusia menuju perubahan dan berjuang melawan nafsu dalam diri sendiri,'' kata Asri lagi.

Lagu berkenaan meneruskan kesinambungan Yasin dalam menghasilkan nada-nada berentak world music.

Antara lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini ialah Satu Qiblat Yang Sama, Berkelana, Handzalah, Subuh Yang Terakhir, Pengantin Baru, Epik, Impian Hamba, Musafir Kelana dan Bencilah Benci.

Album terbitan KRU Music Group (KMG) dan edaran Warner Music ini sudah berada di pasaran pada 6 Julai lalu, hari yang sama dengan sidang media ini diadakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.