saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/07/2004

Achik Spin - Pinang Nana


Achik Spin & Nana.



Siti Nordiana Alias atau Nana pernah memberitahu pihak media bahawa percintaannya dengan Achik daripada kumpulan Spin sudah berakhir. Sebenarnya di sebalik dakwaan itu, dalam diam-diam pasangan penyanyi duet lagu Paling Comel itu masih menjalin hubungan.

Terbaru Nana dengan jujur dan berani memberitahu, walaupun percintaannya dengan Achik ibarat air pasang surut, namun hubungan mereka sudah melangkah ke tahap merisik.

Kebetulan keluarga Achik amat menyenangi Nana dan berharap penyanyi itu menjadi menantu mereka.

Kata Nana, keluarga Achik telah datang ke rumahnya di Felda Sendayan, Seremban untuk meminangnya.

Nana, 20 yang bakal muncul dengan album baru, Cintamani pada akhir bulan ini bercerita kisah peminangan tersebut.

``Sebenarnya Nana sendiri terkejut dengan tindakan Achik. Sebelum itu dia ada beritahu nak suruh keluarganya datang meminang. Nana ingatkan dia main-main, rupanya betul.

``Siapa yang tidak terkejut, sebab Achik kalau bercakap, kita tidak tahu mana satu serius dan mana satu gurauan.

``Bila rombongan meminang sudah datang, Nana serahkan semua urusan itu kepada keluarga Nana ,'' cerita Nana.

Namun hasrat Achik untuk menyunting Nana tidak kesampaian. Lamaran ditolak dengan baik oleh bapa Nana. Kata si bapa, anak bongsunya itu tidak cukup matang untuk menjadi isteri. Maklum waktu itu umur Nana baru 11 tahun dan Achik sendiri baru 13 tahun.

Akur dengan tindakan bapanya, Nana sedikit pun tidak memberontak. Jauh di sudut hati, Nana yakin apa yang dilakukan oleh bapanya tentu untuk kebaikan masa depannya. Dalam pada itu, hubungannya dengan Achik di teruskan.

Achik sendiri meskipun sedikit kecewa dengan penolakan pinangan itu, namun masih mengharapkan ada hikmah di sebalik kejadian.

``Memang benar saya yang minta keluarga pergi meminang Nana. Bagi saya kalau hati sudah suka buat apa tunggu lama-lama.

``Tapi apakan daya impian saya tidak terlaksana. Mungkin alasan bapa Nana itu ada kebenarannya. Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka,'' kata Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad, 22.

Bagi Achik, jika jodohnya masih dengan Nana maka masa akan menemukan mereka semula.

Achik dan Nana mula berkenalan pada satu acara joget lambak di sebuah majlis perkahwinan. Mereka membuat temujanji pertama di pesisiran pantai Port Dickson, setelah dua tahun berkenalan.

Kisah cinta Achik dan Nana itu boleh diketahui secara mendalam menerusi buku Autobiografi Duet - Pelangi Jiwa Achik & Nana yang berada di pasaran mulai hari ini.

Buku yang ditulis oleh Kash S. John berserta gambar eksklusif Achik dan Nana dengan harga RM16.90 itu boleh didapati di kedai kaset dan buku.

Achik baru-baru ini dipilih sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Diari Romeo. Menceritakan pencapaian terbarunya itu, kata Achik, kemenangan itu memberinya semangat untuk terus berlakon.

Achik yang tidak hadir pada majlis Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004 kerana menjayakan konsert anjuran Radio Muzik di Kuching, Sarawak berterima kasih pada juri kerana memilihnya.

Biarpun ramai yang berpendapat dia tidak layak untuk menang kategori tersebut, Achik menerima kritikan itu dengan hati terbuka.

``Biarlah orang nak kata apa. Bagi Achik pihak juri ada pandangan tersendiri dan sebagai artis, Achik menerima segala keputusan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.