saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/07/2004

PM: Kebanyakan kes rasuah orang kenamaan sudah didakwa

KUALA LUMPUR 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, sebahagian besar kes rasuah yang melibatkan orang kenamaan telah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, kes-kes tersebut ialah kes bekas Pengarah Urusan Perwaja, Tan Sri Eric Chia yang dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari lepas dan bekas Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam di bawah Seksyen 2 (1) dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

``Kes-kes lain ialah bekas Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Shariff Jajang; bekas Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan; Mohamad Apandi Mohamad (bekas Ahli Parlimen Jeli) dan Ramli Ibrahim (bekas Ahli Parlimen Kota Bharu).

``Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Ramli Mukhtar; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Telekom, Datuk Ibrahim Mohd. Noor; Ahmad Zukni dari PUNB mengenai pengeluaran bon bernilai RM3.8 bilion; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Annuar Md. Noor dan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Baharudin Ahmad,'' katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu perkembangan 18 kes profil tinggi yang dihantar oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Jabatan Peguam Negara. Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dalam sidang akhbar di Parlimen memberitahu, 18 kes profil tinggi yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu merujuk kepada 18 sektor bukan 18 individu.

Mengenai kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik, beliau berkata, satu kes disiasat dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara yang mendapati ia tiada asas untuk didakwa manakala satu lagi selesai disiasat tetapi belum diserah ke Jabatan Peguam Negara.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.