saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/07/2004

Pinto - `Bintang' penting PGL

Hollywood boleh berbangga dengan lakonan kudanya, Fury melalui program TV, Fury yang popular itu. Kini kebangaan yang sama akan turut dikongsi oleh filem tempatan melalui Puteri Gunung Ledang (PGL) apabila filem itu juga menampilkan seekor kuda bernama Pinto.

Meskipun Pinto masih baru dalam dunia seni lakon, namun nama itu telah melakar sejarahnya tersendiri.

Pinto, adalah kuda baka Argetinean Polo yang memahami arahan dan ia pernah ditunggang oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PGL merupakan filem pertama lakonan Pinto. Filem yang menelan belanja RM15 juta ini diterbitkan oleh Enfiniti Production Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Bagi pemegang watak utama PGL, Tiara Jacquelina, Pinto telah merubah hidupnya daripada seorang yang fobia menunggang kuda akhirnya menjadi begitu kasihkan kuda.

Pemegang watak puteri Jawa, Gusti Pati Raden Adjeng Retno Dumilah ini menceritakan pengalamannya bersama Pinto.

``Saya sering juga menunggang kuda tapi suatu hari sewaktu menunggang bersama suami, kuda yang ditunggang mengamuk dan suami saya jatuh lalu mengalami kecederaan. Sejak itu saya takut menunggang kuda.

``Tapi bila saya tunggang Pinto, perasaan gementar saya hilang. Pinto cukup jinak dan mudah mesra,'' cerita Tiara.

Kata Tiara, Pinto berjaya mengembalikan semangatnya yang hilang dan sepanjang penggambaran dia tidak menghadapi masalah.

``Sepanjang menunggang Pinto, saya percaya kuda itu tidak akan membahayakan diri saya. Sikap Pinto yang mendengar arahan itu membuatkan saya selesa berlakon bersamanya,'' kata Tiara.

Malah menurutnya, kesemua pelakon dan krew PGL pun sayangkan Pinto.

``Pinto mudah mesra dengan semua orang,'' akui Tiara.

Bagaimanapun kuda yang di waktu lapangnya gemar memakan lobak itu tidak berjaya menunggu filem lakonan pertamanya ditayangkan kepada umum. Dia menemui ajalnya tahun lalu.

Meskipun Pinto hanya seekor kuda, namun jasanya kepada tenaga produksi PGL sangat besar dan jangan ketinggalan menonton lakonan Pinto hujung Ogos ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.