saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/07/2004

HANS ISAAC, CATRIONA ROSS - Mantapkan Sephia


HANS ISAAC dan CATRIONA ROSS.



TERNYATA drama bersiri Sephia yang disiarkan di TV3 pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis pukul 10.30 malam berjaya menarik perhatian ramai penonton. Sejak disiarkan 6 Mei lalu, plot yang dipaparkan menerusi drama 25 episod ini semakin mengusik penghayatan peminatnya.

Difahamkan pada minggu lalu sahaja, 1.8 juta penonton mengikuti drama terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu.

Keberkesanan setiap pelakonnya menjiwai watak, telah berjaya menjadikan drama itu bahan bualan begitu ramai orang.

Utusan Malaysia sempat bertemu dengan dua pelakon yang turut memantapkan drama itu, Hans Isaac (Haykal) dan Catriona Ross, 24, (Sephia) untuk bercerita tentang Sephia sebelum episod akhirnya pada Khamis ini.

Haykal dalam Sephia cukup jahat. Ramai yang membenci.

HANS ISAAC: Pertama kali membaca skrip Sephia, saya sudah sedar tentang betapa jahatnya Haykal. Perogol, pembunuh, sentiasa ada rasa hasad dan dengki. Dia langsung tidak menyesal dengan semua kejahatan yang dilakukan. Saya sendiri tertanya-tanya adakah orang yang sejahat Haykal dalam dunia hari ini.

Apa pun saya sukakan watak itu. Saya sedar watak itu akan meninggalkan kesan di hati penonton sebab watak itu ada kelainan.

Semasa penggambaran di Penjara Sungai Buloh, saya pernah bertanya seorang warden tentang sikap banduan di saat akhir sebelum di hukum gantung. Warden itu pun kata, walau sejahat mana sekalipun seorang banduan, akan timbul rasa takut, menyesal dan insaf pada hari-hari terakhir akan dihukum gantung.

Tapi Haykal hingga ke saat akhir sebelum kematiannya tetap dengan perangai jahatnya.

Tidakkah watak Haykal mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap diri anda?

HANS ISAAC: Watak Haykal hanya lakonan saya semata-mata dan ia langsung tidak menggambarkan sikap saya yang sebenar. Bagi saya, kalau penonton benci dengan watak Haykal, itu bermakna saya telah berjaya melakonkan watak itu dengan baik. Saya rasa, ramai juga penonton yang suka dengan watak-watak lain yang pernah saya lakonkan dan ia tidak setakat watak-watak jahat sahaja.

Sephia membuka lembaran baru bagi Catriona Ross sebagai pemegang watak utama. Bagaimana rasanya.

CATRIONA ROSS: Pada mulanya saya rasa seronok tetapi kemudiannya saya gementar dengan watak Sephia yang diberikan kepada saya. Ini kerana, slot ini disiarkan pada waktu perdana dan sudah pasti ramai orang yang menontonnya. Saya rasa tercabar untuk membuktikan bakat saya.

Ramai merasakan anda berjaya menghidupkan watak Sephia kerana ada sokongan pelakon lain yang lebih berpengalaman seperti Ako Mustapha, Hans Isaac, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali dan Nasir Bilal Khan.

CATRIONA ROSS: Saya sudah bersedia menerima kritikan penonton. Apa yang pasti saya sudah melakonkan watak Sephia dengan sebaik mungkin. Kalau lakonan saya tidak bagus tentu ramai yang mengkritik. Tetapi setakat ini belum ada lagi orang yang kutuk lakonan saya dalam Sephia.

Sebaliknya ramai kawan-kawan emak dan ayah saya puji lakonan saya dalam Sephia. Ia memberi semangat kepada saya untuk terus berlakon pada masa depan.

Lakonan sebagai Haykal cukup berkesan sampai ramai yang membenci. Adakah itu menunjukkan Hans Isaac lebih berjaya melakonkan watak jahat berbanding watak lain?

HANS ISAAC: Saya sudah 12 tahun berlakon. Dalam tempoh waktu itu, saya sudah biasa melakonkan watak baik ataupun hero dalam filem mahupun drama berkonsepkan kisah cinta. Ternyata lakonan saya itu diterima.

Sekarang sudah sampai masa untuk saya mencuba melakonkan pelbagai watak yang berbeza. Tahun ini saya mendapat tawaran berlakon empat filem. Saya terima kesemua tawaran itu kerana watak-watak yang diberikan kepada saya semuanya berbeza.

Akhir-akhir ini hampir setiap drama menampilkan Hans Isaac. Tidakkah ini akan menimbulkan kesan yang buruk kepada kerjaya anda?

HANS ISAAC: Tahun ini adalah tahun paling gemilang dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Setiap minggu, tiga drama bersiri lakonan saya disiarkan. Sephia, Kutub Utara Kutub Selatan dan Maya Mira disiarkan silih berganti oleh stesen TV. Pada masa yang sama, dokumentari Laut yang saya hoskan juga turut disiarkan. Malah, tahun ini juga, kali pertama saya dapat Anugerah Pelakon Bukan Melayu Paling Popular.

Saya tidak fikir kekerapan muncul di TV akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelakon. Terpulang pada cara penampilannya. Kalau stereotaip mungkin akan membosankan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.