saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 22/07/2004

Sebab istilah `Indon' tidak digemari

Pada 12 Julai 2004, akhbar ini menyiarkan berita bertajuk, `Indonesia kurang senang media guna perkataan `Indon'. Dalam berita itu dihuraikan bahawa pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan media cetak tempatan yang menggunakan perkataan `Indon' pada judul berita mengenai warga mereka.

Menurut keterangan Kaunselornya, Budhi Rahardjo, perkataan `Indon' adalah sesuatu yang `merendahkan'.

Perkataan Indon, sememangnya, begitu sederhana dan mudah pengucapannya. Tetapi, apa erti Indon? Jawapannya, tidak ada sama sekali.

Dalam mana-mana kamus pun, selepas saya selidiki, tidak dijumpai perkataan Indon. Namun di Malaysia dan Singapura, kita pasti kerap mendengar atau membaca istilah Indon. Maksud atau ertinya, `semua hal berkenaan dengan Indonesia, utamanya warga atau masyarakatnya'.

Saya tidak tahu secara pasti, sejak bila istilah itu mulai digunakan, dan siapa pula yang memulakannya. Faktanya, sampai hari ini, istilah tersebut sering digunakan terutama oleh media cetak.

Ketika baru tiba di Malaysia, saya hanya tersenyum mendengar dan membaca perkataan tersebut. Ada semacam kelucuan di dalamnya.

Hal semacam ini juga berlaku tatkala saya atau sesiapa sahaja mendengar atau membaca beberapa perkataan Melayu Malaysia lainnya, yang agak berbeza pengucapan serta maknanya dengan perkataan Melayu Indonesia. Sebagai perbandingan, perkataan `Bangla' juga sudah terbiasa digunakan oleh media dan masyarakat di Malaysia, untuk menyebut segala hal berkenaan dengan Bangladesh dan masyarakatnya.

Maklum sahaja, sebagaimana warga Indonesia, masyarakat Bangladesh juga ramai yang berada di Malaysia.

Tetapi setelah tiga tahun berada di Malaysia, muncul perasaan bosan ke atas penggunaan perkataan `Indon'. Bukan setakat bosan malah muncul pula rasa geram dan semacamnya. Setiap kali istilah itu terbaca atau terdengar, perasaan keindonesiaan saya agak terganggu.

Secara berterus terang, saya tidak setuju perkataan `Indon' digunakan untuk menyebut semua hal berkenaan dengan Indonesia. Pertama, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah dari segi tatabahasa. Dan kedua, lebih penting lagi, penggunaannya berkonotasi negatif, terkesan melecehkan dan merendahkan.

Berasaskan helah `kebiasaan' dan `kelumrahan' semacam itulah yang juga saya dengar terus dari Rusdi Abdullah, seorang pensyarah bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Menurut beliau, tiada sebarang maksud untuk menghina atau melecehkan apabila orang Malaysia atau sesiapa sahaja menyebut orang Indonesia dengan perkataan tersebut.

Begitupun, saya dan warga Indonesia yang berada di Malaysia berkeyakinan bahawa suatu saat nanti tiada lagi perkataan `Indon' digunakan sama ada dalam media cetak mahupun dalam percakapan.

- Nasrullah Ali-Fauzi dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.