saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/07/2004

Siti Nurhaliza - Buat kejutan di Muar

MENARI zapin... Kumpulan Kesenian Seni Budaya Batu Pahat dan Yayasan Warisan Johor turut menjayakan Zaleha Ayam Patah.


PENYANYI terkenal tanah air, Siti Nurhaliza, minggu lalu membuat kejutan apabila muncul sebagai penyanyi ghazal tahun 50-an pada penggambaran filem Zaleha Ayam Patah di Kampung Parit Penyengat Laut, Parit Jawa, Muar, Johor.

Kemunculan Siti turut mengagumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang melancarkan penggambaran filem itu.

Filem pendek terbitan Uniputera Production (Unipro) ini adalah sebuah unit penerbitan di bawah Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti Putera Malaysia (UPM).

Ia adalah hasil karya Shahrul Azli Mohd. Shukor yang memenangi skrip terbaik pertandingan skrip pawagam/ TV anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2002.

Dalam penggambaran di rumah kediaman, Fauzan Khalid, seorang penduduk kampung tersebut, Siti menyanyikan sebuah lagu gambus, Zapin Tengku mengiringi penari-penarik zapin pada satu babak akhir filem itu.

Penggambaran yang juga di bawah arahan Shahrul Azli itu berlanjutan hingga pukul 4.30 pagi.

Seorang pegawai Unipro memberitahu Utusan Malaysia, Siti tidak menuntut sebarang bayaran daripada Unipro tentang penampilannya sebagai penyanyi ghazal pada malam itu.

Pada babak itu, Siti yang tidak diperlukan berdialog, menunjukkan mimik muka terkejut apabila melihat keajaiban berlaku ke atas Zaleha, seorang wanita cacat, yang tiba-tiba sembuh selepas terjatuh ketika menari tarian zapin. Watak Zaleha dilakonkan pendatang baru, Siti Norhanizah Hayon dari Yayasan Warisan Johor.

Mengikut sinopsisnya, kisah Zaleha Ayam Patah itu berlaku pada tahun 50-an di daerah Mersing, Johor, di mana tarian zapin menjadi aktiviti harian penduduknya pada ketika itu.

Puteh Mariam, yang dilakonkan oleh Rosnah Johari melahirkan Zaleha hasil perkahwinannya dengan Hasmat (lakonan Zaidi Karim).

Kerana Zaleha dilahirkan tempang, Hasmat yang merasa malu, menghilangkan diri meninggalkan anaknya. Setelah meningkat remaja, Zaleha yang mendapat dorongan ibunya, mengikuti kelas tarian zapin.

Pada satu majlis keramaian di kampungnya, Zaleha tiba-tiba terjatuh setelah menari dengan penuh mengasyikkan tetapi secara tiba-tiba kakinya menjadi normal.

Tujuh daripada lapan penggambaran filem pendek itu dibuat di kampung-kampung sekitar Parit Jawa dan Sungai Balang dan hanya satu penggambaran diadakan di Pantai Teluk Sisek, Mersing, tempat di mana cerita itu bermula.

Penerbit memilih kawasan di daerah Muar kerana banyak rumah lama yang sesuai dengan jalan cerita pada tahun 50-an terdapat di daerah itu.

Selain daripada menguji bakat pendatang baru Siti Norhanizah Hayon, filem ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pelakon serius, Eman Manan.

Sementara itu, Abdul Ghani dalam ucapannya ketika melancarkan penggambaran tersebut berterima kasih kepada penerbit filem tersebut yang bukan sahaja memilih Johor sebagai lokasi penggambarannya malah melibatkan tarian zapin dalam jalan ceritanya.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor telah mengenal pasti 12 jenis tarian zapin yang terdapat di seluruh negeri Johor sejak usaha mengesan tarian itu dimulakan lapan tahun lalu.

Yang terbaru dikesan, semasa perjumpaan Hari UMNO bahagian Muar tahun lalu. Kata beliau, pihaknya mengesan sejenis tarian zapin yang dikenali sebagai Tarian Zapin Putar Alam.

Menurut Abdul Ghani, gerak geri tarian zapin yang asalnya didatangkan dari Arab telah disesuaikan dengan budaya tempatan yang tertib dan teratur.

Di Johor kata Menteri Besar itu, imam-imam masjid dan surau mengajak anak-anak muda turun ke padang selepas Solat Isyak menarikan tarian zapin dengan seni kata yang mengandungi pengajaran dan nilai-nilai murni.

Zaleha Ayam Patah bukan sebuah filem dokumentari dan tidak juga total sebagai sebuah filem komersial. Ia dihasilkan oleh Uniputra Production untuk festival termasuk Festival Filem Cannes dan juga di Hong Kong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.