saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 01/08/2004

Fahami risiko menderma hati

HASRAT dan niat untuk membantu menyelamatkan nyawa orang lain memang satu sifat murni yang harus dipuji.

Tetapi, kebelakangan ini lebih ramai yang tampil untuk menderma hati terdiri daripada kalangan mereka yang `tidak mempunyai sebarang hubungan' dengan pesakit.

Sebetulnya, trend ini amat membimbangkan. Ini kerana banyak risiko `tersembunyi' yang mungkin tidak disedari oleh penderma.

Mengikut kajian, kematian akibat pembedahan pemindahan hati kepada penderma hanya satu peratus. Ia memang nampak rendah.

Tetapi, jika dinilai dari sudut `kemanusiaan', ia tidak wajar dan tidak adil. Lebih-lebih lagi, jika ia membawa kemudaratan bukan saja kepada diri penderma, malah mereka yang ada hubungan dengannya.

``Ada kes penderma yang meninggal dunia akibat pembiusan atau serangan jantung selepas pembedahan pemindahan organ tersebut,'' kata Ketua Penyelaras Transplan Kebangsaan, Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Lela Yasmin Mansor.

Dalam pendermaan hidup, sama ada daripada ahli keluarga atau bukan ahli keluarga, risikonya adalah sama.

Beliau ketika ditemui baru-baru ini menjelaskan, jika dibandingkan dengan pemindahan buah pinggang, ia sudah bermula lebih dari setengah abad. Jadi, risiko dan kesan jangka panjang juga diketahui.

Malah, kadar kematian juga agak rendah hanya 0.03 peratus. Tetapi, pembedahan pemindahan hati masih baru, bukan saja di negara ini, malah di dunia.

Lebih-lebih lagi pemindahan membabitkan mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Oleh itu, pakar-pakar perubatan seluruh dunia berpendapat, risiko pendermaan hati, lebih tinggi daripada buah pinggang.

``Pemindahan hati daripada seorang dewasa dengan kanak-kanak, yang diambil dari bahagian lobul hati, risikonya lebih 0.3 peratus atau 1 dalam setiap 750 orang,'' jelasnya.

Beliau memberitahu pendermaan dewasa kepada dewasa, risikonya lebih tinggi iaitu lebih kurang satu peratus atau 1 dalam setiap 100 orang.

Sebuah pusat pemindahan organ di Amerika Syarikat (AS), melaporkan, dalam setahun hampir 200 kes pembedahan pemindahan hati dijalankan.

Daripada jumlah ini, lebih kurang tiga orang meninggal dunia. ``Itu kes yang meninggal dunia, belum lagi jenis-jenis komplikasi lain. Di sesetengah pusat pemindahan organ, ia boleh meningkat antara satu hingga dua peratus,'' katanya.

Lela Yasmin mengakui, mungkin ramai yang mengatakan risiko satu peratus terlalu rendah.

``Bagaimana kalau yang satu peratus itu terjadi kepada anda? Jika penderma itu, terdiri daripada ahli keluarga, kita faham kerana, tujuannya untuk menyelamatkan nyawa anak kesayangan atau seseorang yang ada kaitan.

``Tetapi jika ia berlaku kepada orang lain yang tidak mempunyai hubungan amat membimbangkan. Jadi, mereka mesti benar-benar faham hasil pembedahan ini,'' tegasnya.

Dalam kebanyakan kes, mereka yang telah atau ingin menderma hanya memberi persetujuan di media seperti di televisyen atau di akhbar-akhbar.

Lela Yasmin menegaskan, mereka yang ingin menjadi penderma perlu tahu kesan jangka panjang atau risiko akibat pembedahan tersebut.

Risiko ini, bukan saja kepada dirinya, malah ahli keluarga, sosioekonomi dan sebagainya. ``Saya faham, memang penderma ini bersimpati dan tampil menderma, tetapi mereka mesti fikir panjang apa kesan dan hasil pembedahan tersebut dalam jangka masa panjang,'' jelasnya.

Sehubungan itu, untuk keluar dari `dilema' ini, pilihan terbaik ialah mendapatkan organ tersebut daripada mereka yang meninggal dunia.

Jelas Lela Yasmin, jika organ diperoleh daripada orang yang meninggal dunia, pendermaan daripada orang yang hidup tidak diperlukan lagi. ``Baik daripada ahli keluarga atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan,'' jelasnya.

Sehingga kini, enam kes telah dilakukan di Hospital Selayang. Empat daripadanya adalah penderma hidup daripada ahli keluarga.

Lela Yasmin memberitahu, antara risiko dan kemungkinan yang terpaksa dihadapi oleh penderma ialah, kematian, kecederaan organ, muntah darah dan keluar masuk hospital dalam tempoh enam bulan pertama.

Selain itu, pesakit mengalami kemurungan, kembung perut, kesakitan, kemungkinan mereka tidak boleh batuk atau bernafas dengan baik dan pneumonia.

Sesetengahnya menjadi lemah. Mereka tidak boleh bekerja seperti sebelumnya atau mengambil masa yang lama untuk benar-benar pulih.

``Banyak perkara yang boleh berlaku. Memanglah, kita lihat Wan Mohd. Hafizam pulih dan sihat, tetapi kita tidak boleh samakan semua orang akan sembuh sama dengan beliau,'' jelasnya.

Apa yang membimbangkan, kata Lela Yasmin, dalam kebanyakan situasi, penderma tidak diberitahu tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal mereka hadapi selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.

Bagaimanapun, penderma katanya, mempunyai beberapa hak seperti berikut:

l Berubah fikiran dan menarik diri daripada menderma hatinya. Sekalipun beribu-ribu ringgit telah dibelanjakan untuk pemeriksaan kesihatan

l Penderma mesti dimaklumkan kadar kejayaan pembedahan pemindahan organnya kepada pesakit. Dia juga perlu dimaklumkan risiko kematian pesakit

l Memaklumkan kepada ahli keluarga bukannya hanya memaklumkan melalui media.

Lela Yasmin memberitahu, bagi melindungi hak dan kepentingan penderma, pihak penyokong penderma akan membuat penilaian terlebih dahulu.

Ketiga-tiga mereka terdiri daripada pakar perubatan, pakar psikiatri dan pekerja sosial adalah pihak berkecuali dalam urusan pemindahan organ.

Mereka, hanya akan memastikan bahawa tiada paksaan atau penindasan kepada penderma. Selain itu, penderma benar-benar tahu dan faham risiko-risikonya dan tiada unsur-unsur penjualan organ.

``Mereka akan menilai bahawa individu terbabit memang benar-benar telus untuk menderma, bukan sebab ada niat atau tujuan yang lain,'' jelasnya.

Pada masa yang sama, memastikan, kebajikan penderma dan ahli keluarganya terbela jika berlaku sebarang kemungkinan selepas pembedahan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.