saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/08/2004

Rentak Juara - Pertandingan kumpulan muzik profesional

Sebahagian anggota kumpulan muzik yang menyertai Rentak Muzik - Rhythm of Champions.


Peminat kumpulan muzik tanah air, berpeluang menyaksikan skil persembahan kumpulan popular dalam program Rentak Juara - Rhythm Of Champions. Program khas terbitan RTM ini mempertandingkan band berkumpulan tempatan yang disertai oleh 35 kumpulan muzik rakaman dan kelab-kelab malam termasuk - Def-Gab-C, OAG, Jinbara, U-Topia, Locku-Up, Stings, Viper, Coco, Ubie dan Screen.

Rancangan selama 75 minit itu akan mula disiarkan pada pukul 9 malam ini di TV2.

Rentak Juara yang diterbitkan oleh Noriah Kasimin, Ellia Norni Elais dan Rohani Musa pada setiap minggu itu, mempertandingkan lima kumpulan. Hanya sebuah kumpulan sahaja setiap minggu akan dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya.

Setiap kumpulan akan mendendangkan dua buah lagu, satu lagu baru dan sebuah lagu yang sudah popular.

Persembahan kumpulan-kumpulan tersebut akan dinilai oleh juri profesional berdasarkan kepada muzik (50 peratus), vokal (30 peratus) dan persembahan (20 peratus).

Sementara itu, empat kumpulan yang tidak berjaya pada episod tersebut akan diberi peluang kedua untuk dicalonkan sebagai kumpulan popular mingguan melalui undian sistem pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah dan berkemungkinan akan berjaya ke peringkat akhir.

Hadiah yang disediakan penajanya, sebuah syarikat ternama di bidang industri permotoran, NAZA, ialah RM100,000 untuk juara, naib juara - RM60,000, ketiga - RM20,000, Kumpulan Popular - RM5,000 serta sagu hati untuk lima kumpulan, setiap kumpulan bakal menerima RM3,000.

Sementara itu Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang melancarkan sidang akhbar Rentak Juara - Rhythm Of Champions pada Isnin lalu berkata, pertandingan ini akan diadakan setiap tahun.

``Pada tahun hadapan pertandingan akan diadakan di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan,'' katanya.

Sejajar dengan pelancaran logo baru RTM, Kadir berkata stesen tersebut akan terus mempertingkatkan imej dan prestasi bagi memuaskan hati penonton dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.