saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 12/08/2004

Bukan Cinta Biasa juara teater Pahang

KUMPULAN Teater Prosenium Shah Putra muncul juara Festival Teater Negeri Pahang 2004 selepas berjaya mengatasi cabaran empat kumpulan lain dengan teater berjudul Bukan Cinta Biasa.

Juara keseluruhan itu turut diiringi oleh kemenangan kumpulan itu dalam lima kategori lain iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Noor Hidayah Ismail) Pelakon Lelaki Terbaik (Mohd. Fazreen Mohd), Anugerah Khas Juri, Reka Bentuk Produksi dan Pengarah Terbaik (Suzana Mohd. Suboh.

Kemenangan tersebut juga membolehkan kumpulan itu membolot hadiah wang tunai berjumlah RM4,750.

Sementara itu Anggun Performing Arts yang menduduki tempat kedua (RM 2,000) dengan judul Kena Main turut merangkul Hadiah Pelakon Lelaki Harapan (Norhisham Abd. Hadi(, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Azlinda Kamarudin) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azmi Ahmad).

Tempat ketiga (RM 1,500) pula dimenangi oleh Grup Teater Kemanusiaan Penor dengan judul Mahkamah dan turut memenangi Pelakon Wanita Harapan (Rafidah Mat Seha).

Kumpulan yang turut menyertai festival teater tersebut ialah Kumpulan Teater Silap Teknik (Jalan Ke Syurga) dan Kumpulan Teater Canang Sari Koperasi MRSM Kuantan Berhad (Penunggu Pusaka).

Festival yang diadakan di Auditorium Taman Budaya Negeri di Kuantan dianjurkan oleh Pejabat Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Teater Negeri Pahang (Pertapa).

Hadiah pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang, Datuk Maznah Mazlan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.