saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2004

Siti Nurhaliza - Ingin catat sejarah

Duduk depan dari kiri: Pengurus Produksi SNP, Alud, Ketua Pemasaran Prabayar Hotlink, Chee Loo Fun, Siti Nurhaliza dan Pengarah Jenama dan Pengiklanan Astro, Adam Wee Abdullah. Belakang dari kiri: Dua anggota kumpulan Sofaz, Adi Fashla, Mas, Nurul dan anggota kumpulan OAG.


PENYANYI Siti Nurhaliza berharap siri konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour yang akan berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 21 Ogos ini pukul 9 malam, dapat meningkatkan jumlah penonton keseluruhan konsertnya itu menjadi lebih sejuta orang.

Katanya, dia ingin mencipta sejarah peribadi. Justeru Siti berharap, jumlah penonton pada malam tersebut jika dicampurkan dengan kehadiran penonton yang telah menonton 14 siri konsert bergeraknya sejak 20 Jun lalu yang bermula di Ipoh, dapat mencapai sasaran yang diimpikannya itu.

Setiap konsert Fantasia Tour yang dijayakan sebelum ini, jumlah kehadiran penonton adalah antara 30,000 hingga 50,000.

``Sepanjang Siti mengadakan konsert, sambutan penonton amat baik dan tidak mustahil jika kesemua jumlah penonton konsert itu disatukan, boleh mencecah lebih satu juta orang. Lagipun kawasan kali ini lebih luas berbanding yang lain,'' kata Siti pada majlis pelancaran konsert kemuncaknya di sebuah hotel baru-baru ini.

Penyanyi tersebut juga menganggap konsert tersebut sebagai ibu kepada segala konsert yang telah dijelajahnya sebelum ini.

Pada konsert itu nanti, Siti akan memastikan segala input dari segi pemilihan lagu, persiapan pentas, urusan teknikal dan sebagainya adalah yang terbaik.

Tegas Siti, berakhirnya konsert itu membawa petanda bahawa segala impian yang ingin dilaksanakan selama ini telah dipenuhi.

``Sejak bergelar artis, impian Siti hanya satu iaitu ingin mengadakan konsert secara percuma kepada peminat-peminat yang banyak memberi sokongan kepada Siti. Itulah sahaja caranya untuk Siti membalas jasa mereka yang menyokong Siti selama ini.

``Alhamdulillah, pihak Siti Nurhaliza Production (SNP) sebagai penganjur berjaya mengaturkannya. Sementara Hotlink sebagai penaja utama dan Astro sebagai stesen penyiar rasmi telah berjaya merealisasikan impian Siti itu,'' katanya tersenyum bangga.

Siti yang hanya ada masa 10 hari sahaja untuk persiapan konsert tersebut akan mengadakan persembahan selama satu jam setengah. Sebelum Siti muncul, bekas pelajar Akademi Fantasi 1 dan 2 akan tampil memberikan persembahan.

Tegasnya, pada konsert yang lebih bertenaga dan agresif itu, dia akan mendendangkan banyak lagu daripada album Prasaseni sebagai promosi di samping lagu-lagu popular yang lain.

``Kalau dalam konsert dulu Siti ada buat segmen balada dan tradisional tapi kali ini lagu-lagu lebih kepada konsep pop. Siti tetap akan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh artis yang pernah berjasa dalam bidang seni. Kalau nak tahu lagu siapa yang Siti nyanyikan, kenalah datang ke konsert,'' kata Siti.

Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour juga akan diserikan dengan persembahan bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia 1 dan 2 seperti Adi Fashla, Nurul, Mas, Edlin, Anding, Fitri, Zarina dan ramai lagi.

Sementara penyanyi lain yang akan turut serta ialah Maya Karin, Waheeda, Yasin, OAG, Sofaz, Apek Saiful dan Bob Kuman.

Siti yang bercadang mengundang rakan-rakan artis ke konsertnya itu juga akan mengadakan konsert secara percuma untuk peminat-peminatnya di Brunei pada bulan depan.

Selepas Brunei, Siti akan menjelajah lima bandar di Indonesia. Antaranya ialah Bandung, Surabaya, Jogjakarta, Medan dan Jakarta bermula September ini.

``Tahun ini adalah tahun berkonsert bagi Siti. Siti janji tahun depan, Siti akan beri tumpuan pada perkara-perkara lain. Sebab itulah Siti nak minta maaf kepada beberapa pihak yang tidak dapat Siti penuhi permintaan mereka,'' katanya yang akan memasarkan cakera padat video (VCD) konsert tersebut dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Bagi peminat-peminat dari luar ibu kota yang ingin datang menyaksikan konsert tersebut bolehlah menghubungi bahagian Transnasional Charter di talian 03-42561055 atau 03-22736473. Perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik ke Stadium Nasional ini dari lokasi masing-masing hanya akan diadakan jika kuota tempahan mencukupi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.