saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2004

Spanar Jaya 7 - Wardina berlakon bersama anak

Wardina Safiyyah Fadhullah muncul semula dalam siri TV, Spanar Jaya pada musim ketujuh mulai 2 Oktober ini pukul 8.30 malam di ntv7. Pemegang watak Misha itu sebelum ini telah meninggalkan siri tersebut sebanyak tiga musim iaitu musim keempat, kelima dan keenam.

Istimewa kemunculan Wardina kali ini, turut menampilkan sama anaknya, Amnah Nafeesa Ikhwan. Kanak-kanak berusia setahun itu diberi peranan sebagai anak kepada pasangan Misha (Wardina) dengan Iskandar (Ahmad Idham).

Misha dan Iskandar `dikahwinkan' pada musim keempat dan kemudian berpindah ke Sarawak. Bagaimanapun pasangan `suami-isteri' ini kembali semula ke Spanar Jaya pada musim ke tujuh untuk meneruskan perniagaan yang berkaitan dengan bengkel kereta.

Spanar Jaya 7 mengandungi 52 episod iaitu 26 episod untuk blok pertama dan kedua terbitan Ten On Ten Pictures dan diarahkan oleh Zul Said, Rashid Salleh serta Roslan Hussin dengan skrip oleh Yasmin Yahya Nassim.

Penolong Penerbit siri berkenaan, Azie Zakiah Ngah pada sidang akhbar siri TV itu memberitahu, keputusan mengambil semula Wardina dan Ahmad Idham dibuat, bagi memastikan ranking penontonnya tidak jatuh.

``Setakat ini ranking yang menonton siri ini setiap minggu antara 600,000 hingga 800,000. Jumlah ini walaupun dianggap baik tetapi kami berharap dengan kehadiran kedua-dua pelakon ini akan dapat menaikkan lagi ranking siri ini,'' kata Azie.

Selain itu Spanar Jaya 7 yang mengekalkan pelakon lamanya seperti Zaibo, Opie Zami, Syed Hussein, Annahita, Radhi Khalid, Bob Azrai dan Bienda turut menampilkan watak-watak baru lakonan Sazzy Falaq, Sheila Rusly, Zaidi Omar, Param, Douglas Lim, Tony Eusof dan Kartina Aziz.

Wardina yang ditemui selepas sidang akhbar Spanar Jaya 7 di Studio ntv7 di Glenmarie, Shah Alam, menjelaskan, ``Sebenarnya selepas meninggalkan siri ini sekian lama, saya merasakan bagai kehilangan sesuatu. Bukan itu sahaja, malah saya rasa rindu dengan teman-teman yang terlibat dalam siri ini.

``Sebab itu bila syarikat penerbitan menghubungi saya untuk menampilkan saya semula dalam siri ini, saya tidak teragak-agak menerimanya. Bagi saya bukan sahaja peminat yang rindukan saya, malah saya juga rindukan rutin harian ketika kami sama-sama di studio ntv7 menjalani rakaman.''

Menurut Wardina, pada musim ketujuh blok pertama, Misha dan Iskandar hanya akan muncul dalam enam episod sahaja.

Bagaimanapun watak dan cerita mengenai mereka dikembangkan dalam Spanar Jaya 7 blok kedua.

Ditanya mengenai kemunculan anaknya dalam siri komedi ini, kata Wardina, ``Bila saya tahu pihak penerbit mahu mencari seorang kanak-kanak untuk memegang watak anak Misha dan Iskandar, saya terus mengesyorkan kepada mereka mengambil Amnah berlakon. Bagi saya itu lebih memudahkan sebab Amnah menyusu badan. Kebetulan pun, Amnah sudah biasa dengan kamera.

``Saya dan Amnah sering muncul dalam iklan komersial dan yang terbaru kami akan muncul dalam iklan barangan Pureen.''

Ditanya mengapa mendedahkan anaknya ke dunia glamor ketika masih bayi lagi, Wardina memberitahu, ``Saya memang mahu dedahkan dia ke dunia ini supaya bila dewasa nanti dia tidak terkejut. Kalau saya tidak bawa dia berlakon sama pun saya akan bawa dia pergi ke mana sahaja tempat saya menjalani penggambaran.''

Terbaru, kata Wardina, dia turut membawa anaknya berlakon sebuah telemovie bertajuk Sayang Puteri yang akan menjalani penggambaran di Kedah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.