saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/08/2004

5 penjenayah ditembak mati -- Selepas merompak barangan kemas RM500,000 di Endah Parade

TUMPAS...Tiga daripada lima mayat penjenayah, dua bergelimpangan di tepi kereta sementara seorang lagi di tempat duduk, setelah ditembak oleh polis selepas mereka merompak Kedai Emas Wah Chan di pusat membeli-belah Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kanan: Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pemangku Senior Asisten Komisioner II Syed Ismail Syed Azizan (tunduk di kiri) memeriksa senjata api, penukul dan kapak yang dirampas daripada lima penjenayah tersebut. - Gambar HUSIN IBRAHIM.


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Lima penjenayah bersenjata empat pucuk pistol dan bom buatan sendiri, tumpas apabila ditembak mati polis selepas merompak barangan kemas bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di pusat membeli-belah Endah Parade, Sri Petaling di sini hari ini.

Kesemua penjenayah bertopi besbol itu ditembak ketika hendak menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa di tepi jalan kira-kira 50 meter di depan pusat membeli-belah itu, kira-kira pukul 11 pagi.

Mereka sebelum itu telah merancang akan meletupkan bom buatan sendiri menggunakan alat kawalan jauh.

Bom itu diletakkan di bawah pokok bunga di depan bangunan berkenaan sebagai langkah menghuru-harakan keadaan jika rompakan tersebut gagal.

Namun, rancangan mereka gagal setelah polis berbalas tembak dan berjaya membunuh mereka.

Penjenayah yang terbunuh ialah Yap Hoi Chee, 47, berasal dari Bentong, Pahang; Ng Kok Kheong, 37, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Yap Kon Fatt, 56, (Jinjang Utara) dan Cheong Kah Weng, 26, (Georgetown, Pulau Pinang).

Seorang lagi mayat rakan mereka dipercayai bertindak sebagai pemandu belum dikenal pasti kerana tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis dari Unit Tindakan Cepat (UTC) Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Koperal Amran Abd. Aziz, 32, dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana cedera terkena tembakan menembusi pipinya.

Keadaan Amran dilaporkan stabil dan dia dijangka menjalani pembedahan membuang peluru yang melekat pada rahangnya petang ini.

Kejayaan polis itu merupakan yang pertama sejak sekian lama tidak melakukan operasi sedemikian.

Sebelum ini, polis lebih banyak menangkap penjenayah walaupun mereka bersenjata api disebabkan desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak setuju tindakan polis menembak mati penjenayah.

Tindakan menembak mati lima penjenayah itu hari ini antara lain disebabkan desakan orang ramai yang mahu polis bertindak tegas menangani jenayah berat selain para penjenayah terbabit bersenjata api dan memiliki bom buatan sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, dalam kejadian hari ini, empat daripada lima lelaki terbabit telah masuk ke pusat membeli-belah berkenaan kira-kira pukul 11.10 pagi.

Sebelum masuk ke Kedai Emas Wah Chan, katanya, mereka sempat meletakkan sebutir bom buatan sendiri yang menggunakan alat kawalan jauh, di bawah pokok bunga depan bangunan tersebut.

Menurutnya, ia dipercayai mahu diletupkan untuk menakutkan orang ramai sekiranya rancangan mereka melarikan diri tidak berjaya.

``Mereka yang bersenjatakan empat pucuk pistol iaitu masing-masing dua jenis revolver dan semi-automatik masuk ke dalam kedai sambil melepaskan satu das tembakan amaran.

``Mereka terus memecahkan cermin pameran menggunakan penukul dan kapak serta merampas barangan kemas yang ada.

``Perompak berkenaan sempat mengambil lima dulang emas bernilai RM500,000 sebelum melarikan diri,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Semasa kejadian, kata beliau, terdapat enam pekerja dan seorang pengawal keselamatan berada di kedai tersebut.

Katanya, perompak turut mencederakan pengawal keselamatan dengan mengetuk dahinya menggunakan belakang pistol.

``Pengawal itu, N. Periasamy, 54, telah dibawa ke HUKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,'' katanya.

Menurut Mustafa, bunyi tembakan yang dilepaskan oleh penjenayah didengari anggota polis peronda yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Katanya, anggota berkenaan segera menghubungi rakan-rakannya meminta bantuan.

``Lapan anggota polis yang menaiki dua buah motosikal dan sebuah kereta bergegas ke tempat kejadian dan terus berbalas-balas tembakan dengan penjenayah.

``Penjenayah bertindak melepaskan tembakan sebaik sahaja melihat seorang anggota polis keluar menuju ke arah mereka,'' katanya.

Beliau berkata, polis terpaksa membalas tembakan itu dan berjaya membunuh kelima-lima perompak berkenaan.

Katanya, dua orang terbunuh dalam kereta manakala tiga lagi mati ditembak di luar kereta.

Tambahnya, polis menemui empat pucuk pistol, beberapa butir peluru, penukul dan kapak yang digunakan dalam rompakan itu.

Turut dijumpai ialah barang-barang kemas yang dirompak sebelum itu.

Hasil siasatan, katanya, polis mendapati kereta Perodua Kelisa yang digunakan adalah kenderaan curi yang pernah dilaporkan hilang di Taman Hujan Emas, OUG dekat sini pada 4 Ogos lalu.

``Rompakan di kedai emas ini bukanlah pertama kali dilaporkan kerana dua tahun lalu ia pernah dirompak oleh kumpulan M16,'' katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dipanggil ke tempat kejadian untuk memusnahkan bom buatan sendiri itu.

Bom tersebut berjaya dimusnahkan tepat pukul 1.15 tengah hari tanpa mencederakan orang awam.

Menurut Mustafa, kes yang berlaku hari ini merupakan kejayaan terbesar polis kontinjen Kuala Lumpur menumpaskan kumpulan perompak.

``Kejayaan ini membuktikan bahawa polis mampu memenuhi tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah dengan cepat dan cekap,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.