saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/08/2004

BN, Pas letak calon di Kuala Berang

Calon BN Mohd. Zawawi Ismail (Kiri) dan Calon Pas Muhyidin Rashid (Kanan).


KUALA BERANG 14 Ogos - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Berang pada 28 Ogos ini dijangka menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN memilih Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zawawi Ismail sebagai calonnya manakala Pas pula memilih bekas calonnya yang bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada pilihan raya umum lalu, Muhyidin Rashid.

Pemilihan Mohd. Zawawi, 44, diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu, Datuk Idris Jusoh pada satu majlis di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Pengumuman calon Pas pula dilakukan oleh Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di majlis forum perdana sempena Ijtimak Pas Terengganu di Kampung Batu 24, di sini malam ini.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Berang diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Allahyarham Komarudin Abdul Rahman pada 30 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum lalu Komarudin menewaskan calon Pas, Dr. Mamad Puteh dengan majoriti 1,695 undi.

Ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di negara ini selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan BN di Terengganu di bawah kepimpinan Idris berjaya menumbangkan pemerintahan Pas dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

Mohd. Zawawi yang merupakan bapa kepada lima orang anak berkelulusan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Raja Melewar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.