saya nak baca ..

OLIMPIK 2004


ARKIB : 15/08/2004

Penembak negara tercorot

ATLET-atlet dan para pegawai dari kontinjen Malaysia melambai kepada para penonton ketika berjalan memasuki Stadium Olimpik pada majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Athens 2004 semalam.


ATHENS - Penembak negara, Bernard Yeoh hanya menduduki tempat terakhir dalam sesi kelayakan pertama dengan mengumpul 65 birds pada hari pertama acara menembak yang berlangsung di Pusat Menembak Olimpik Markopoulo, di sini semalam.

Bernard, 35, menghadapi kesukaran untuk melayakkan diri dalam senarai enam peserta terakhir dengan kedudukannya di tangga ke-35 dan terakhir.

Dia terlepas empat sasaran dalam tembakan pertama dan kedua. Untuk tembakan ketiga dia terlepas empat sasaran. Penembak dari Selangor ini memerlukan keajaiban untuk terus bersaing dan layak ke pusingan akhir dengan sasaran sempurna.

Pada hari pertama semalam, Giovanni Pellielo dari Itali mengumpul 74 jatuhan birds keseluruhan dalam tiga sesi tembakan. Dia hanya terlepas satu sasaran pada tembakan pertama dengan 24 birds dengan Alexi Alipov dari Rusia berada di kedudukan kedua, juga dengan 74 birds dan Bret Erickson dari Amerika di tempat ketiga, kekurangan satu bird.

Kedudukan terbaik yang dicapai oleh peserta dari Asia ialah di kedudukan kesembilan menerusi Khaled Almudhaf yang mengumpul 72 birds.

Pemenang pingat emas Sukan SEA di Vietnam, Lee Wung Yew turut berkongsi di tempat kesembilan bersama enam lagi penembak lain termasuk Khaled.

Bagi acara menembak, Malaysia tidak meletakkan harapan besar meskipun ia menjadi salah satu acara yang sering disertai oleh penembak negara sejak 1956 di Melbourne. Malaysia hanya tidak menyertai acara menembak pada temasya di Mexico 1968 dan Moscow 1980.

Untuk temasya ini, selain Bernard, pasukan negara turut diwakili oleh Ricky Teh yang bertanding untuk acara skeet. Ricky merupakan pemenang pingat emas acara individu pada Sukan SEA di Vietnam. Acara skeet akan hanya bermula pada 21 Ogos. - Mingguan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.