saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/08/2004

Peminat Akademi Fantasia belanja RM7.5j hantar 15 juta SMS

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Peminat program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kedua yang berakhir semalam membelanjakan kira-kira RM7.5 juta membuat 15 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak rancangan itu disiarkan 12 Jun lalu.

Jumlah kutipan RM7.5 juta itu adalah berdasarkan kiraan bahawa setiap SMS untuk mengundi peserta (AFUNDI) ataupun yang melibatkan sebarang arahan AFUNDI, akan dikenakan kadar premium RM0.50 setiap SMS, di samping kadar caj SMS biasa.

Bagaimanapun, jumlah tersebut dijangka meningkat jika sumbangan SMS daripada peminat negara jiran Brunei diambil kira.

Bagi SMS AFUNDI dari negara Brunei, akan dikenakan kadar premium B$1.00 (RM2.30) untuk setiap SMS, di samping kadar caj SMS biasa.

Ketua Program Astro, Zainir Aminullah berkata, jumlah SMS yang diterima tahun ini menunjukkan peningkatan drastik apabila meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

``Tahun lalu ketika musim pertama AF, kami hanya menerima lima juta SMS sepanjang 10 minggu program ini dijalankan.

``Ia satu peningkatan yang drastik iaitu sebanyak tiga kali ganda berbanding musim sebelumnya.

``Untuk konsert akhir ini sahaja, kami menerima 4.9 juta SMS daripada para penonton,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas konsert akhir AF semalam.

Pada konsert akhir yang berlangsung selama tiga setengah jam itu telah dimenangi oleh Zahid apabila mendapat undian SMS tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus, Linda menjadi naib juara (21 peratus), dan Adam di tempat ketiga (14 peratus).

Sementara itu, Farah (14 peratus), Bob (13 peratus) dan Kaer (11 peratus) pula masing-masing mendapat hadiah sagu hati.

Zainir berkata, Astro akan mendermakan dana berjumlah RM300,000 daripada hasilan kutipan SMS itu bagi membiayai tiga warganegara Malaysia yang layak melanjutkan pelajaran dalam bidang kesenian.

Selain itu katanya, Astro dan Maxis selaku penaja utama, masing-masing akan menyumbangkan RM100,000 untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.