saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 20/08/2004

Bekas PM yakin BN menang besar pilihan raya Kuala Berang

TUN Dr. Mahathir Mohamed bersama Mohamad Hasan melawat Galeri Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, ketika menghadiri Majlis Ceramah `Sekolah Bertaraf Dunia' di sekolah berkenaan, di Seremban, semalam.


SEREMBAN 19 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Berang pada 28 Ogos ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada pilihan raya umum lalu rakyat Terengganu telah menolak Pas kerana parti tersebut telah membuat pelbagai tafsiran salah.

Bagaimanapun, katanya, jentera BN tidak boleh leka berasaskan kepada kemenangan besarnya pada pilihan raya umum lalu dan perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan memihak kepadanya.

``Orang Terengganu telah menolak Pas kerana parti itu telah membuat macam-macam tafsiran salah. Mereka menggunakan semua itu untuk memancing undi,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah bertajuk ``Sekolah Bertaraf Dunia'' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Rohani Sharif.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Berang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Komaruddin Abd. Rahman pada 30 Julai lalu.

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN, Mohd. Zawawi Ismail dan calon Pas, Muhyiddin Abdul Rashid.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Komaruddin menewaskan calon Pas, Dr. Mamad Puteh dengan majoriti 1,695 undi.

Ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di negara ini selepas pilihan raya umum ke-11 pada Mac lalu yang menyaksikan BN Terengganu berjaya menumbangkan Kerajaan Pas dengan menguasai 28 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan Terengganu pada masa kini berusaha untuk mengotakan janji yang dibuat kepada pengundi pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, Pas tidak mampu mentadbir negeri dengan sebaik mungkin kerana mereka tidak punya kepakaran yang secukupnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.