saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/08/2004

Pembeli putus harapan, mahu kembali wang pendahuluan

NORHIZA Jaffar dan Mohd. Sukri Awang bersama anak kembar mereka, Nurfatina (kiri) dan Nurfatini serta Ahmad Danish melihat projek rumah mereka yang terbengkalai di Lembah Beringin, Hulu Selangor, semalam. Nurfatina dan Nurfatini berusia tujuh bulan ketika Norhiza membeli rumah tersebut. Kini mereka berusia tujuh tahun. - Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED.


HULU SELANGOR 23 Ogos - `Kembalikan wang kami,'' itulah yang diharapkan oleh Norhiza Jaffar, 38, pemilik rumah terbengkalai di Lembah Beringin di sini.

Menurutnya, beliau sudah putus harapan dan hilang punca untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung sejak tujuh tahun itu.

``Semuanya sudah dilakukan. Saya tidak tahu hendak mengadu ke mana lagi. Apa yang saya harapkan mereka dapat mengembalikan wang saya.

``Kami tidak akan menerima rumah ini kerana kami telah melalui pengalaman menyewa rumah yang mempunyai rekod projek terbengkalai. Macam-macam masalah,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak projek perumahan Lembah Beringin hari ini.

Beliau ditemani suami, Mohd. Sukri Awang serta tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Norfatina dan Nurfatini, 7.

Nasib malang yang menimpa Norhiza dan keluarga kerana terpaksa terus menanti tujuh tahun untuk memperoleh sebuah rumah, dipaparkan sebagai surat pembaca muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Norhiza, beliau membeli rumah berkenaan kerana tertarik dengan lokasi, selain janji yang diberikan oleh wakil jualan mengenai kehebatan projek berkenaan.

Malah, katanya, masih terngiang-ngiang di telinga beliau akan bait-bait lagu What A Wonderful World yang didendangkan oleh penyanyi Louis Armstrong dalam mempromosikan projek perumahan itu.

Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan.

``Bukan sahaja rumah tidak siap, malahan kedai, sekolah dan kemudahan lain yang dijanjikan juga tidak kelihatan sehingga hari ini,'' katanya.

Beliau berkata, rumah jenis `Jasmine' bernilai RM111,888 yang terletak di zon dua projek perumahan berkenaan dibeli pada 21 Oktober 1997 dan sepatutnya siap pada 1999.

Bagaimanapun berdasarkan tinjauan hari ini rumah yang dibelinya itu cuma siap kira-kira 40 peratus sahaja.

Malah berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia, keadaan hari ini masih sama seperti gambar yang disiarkan dalam buletin syarikat pemaju yang diterbitkan pada tahun 1998.

Norhiza berkata, meskipun pada masa ini tidak dibebankan dengan bayaran balik pinjaman bank tetapi beliau tetap bimbang kemungkinan perlu menyelesaikan bayaran faedah pada masa depan.

Menurutnya, di bawah perjanjian pembelian dahulu, bank tidak akan menuntut sebarang bayaran selagi projek tidak disiapkan.

``Apa akan jadi dengan segala faedah pinjaman jika projek berkenaan diteruskan. Semua itu akan menjadi tanggungan kami,'' katanya.

Menurutnya, tujuh tahun menunggu telah menyebabkan beliau menanggung pelbagai kerugian dan beliau sudah tidak mampu untuk menanggung sebarang kerugian lagi.

Ditanya reaksi pihak pemaju, Lembah Beringin Sdn. Bhd. anak syarikat Land & General Bhd., Norhiza berkata, kali terakhir beliau menghubungi pemaju dua minggu lalu.

``Mereka kata rumah ini telah diserahkan kepada Syarikat Perumahan Negara (SPN) dan SPN akan memanggil semua pemilik pada Sabtu ini tetapi sampai hari ini saya belum menerima surat rasmi mengenai pertemuan itu,'' katanya.

Dalam pada itu tinjuan Utusan Malaysia ke kawasan projek berkenaan hari ini mendapati hampir semua jenis rumah selain Jasmine turut mengalami masalah terbengkalai.

Bagi sebahagian rumah di kawasan berkenaan yang telah disiapkan pula, didapati hanya beberapa buah sahaja yang didiami.

Selebihnya tinggal kosong. Lokasi projek ini terletak kira-kira 70 kilometer dari Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.