saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/08/2004

Anugerah Era 2004 - Jumlah undian meningkat

WALAUPUN Anugerah Era baru empat tahun diperkenalkan, sambutan daripada para peminat amat menggalakkan sekali. Anugerah anjuran Radio Era ini juga mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah undiannya berbanding tahun lalu.

Tahun ini Anugerah Era 2004 (AE'04) menerima 181,802 undian berbanding tahun sebelumnya 129,586 undian.

Undian untuk memilih para pemenang 14 kategori yang dipertandingkan dalam AE'04 itu diadakan sejak 28 Jun hingga 25 Julai lalu.

Menurut Pengurus Rancangan Era FM, Seelan Paul, jumlah itu dijangka akan meningkat pada undian peringkat kedua.

``Undian peringkat kedua akan diadakan pada 30 Ogos hingga 12 September ini untuk memilih pemenang bagi setiap kategori.

``Kami jangkakan jumlah undian akan terus meningkat selepas undian peringkat kedua itu tamat.

``Pada 25 September ini AE'04 akan mengumumkan para pemenang bagi 14 kategori yang dipertandingkan itu.

``Para pemenang ditentukan secara mutlak melalui undian para peminat,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas sidang akhbar kedua AE'04 di Kuala Lumpur kelmarin.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Ketua Program Melayu Astro, Zainir Aminullah dan Pengurus Besar Felisa Cosmetic, K.P.M. Menon yang menjadi penaja utama AE'04.

Jelas Seelan, peningkatan jumlah penonton untuk menyaksikan AE'04 juga dijangka akan bertambah pada tahun ini.

``Tahun ini AE'04 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan ia mampu menampung kira-kira 8,000 penonton.

``Pada tahun lalu, AE'03 diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang dan ia hanya boleh menampung 3,000 penonton sahaja,'' ujar Seelan.

Tambah Seelan, Anugerah Era tahun ini menampilkan tema urban batik bagi menampilkan satu kelainan.

``Kami sengaja menampilkan tema ini kerana batik adalah satu corak pakaian yang disokong oleh kerajaan.

``Batik sesuai dengan evolusi serta perkembangan fesyen masakini. Ia juga sesuai dengan tema dan konsep Radio Era iaitu rentak muzik terkini,'' katanya.

Kata Seelan lagi, AE'04 menyediakan hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi bagi pemenang setiap kategori kecuali kategori Pilihan Kaki Wayang Era, Anugerah Seni Era dan Anugerah Carta Era.

Seramai 22 artis akan mengadakan persembahan mereka pada anugerah gilang gemilang itu nanti.

Antaranya XPDC, Ning Baizura, Zahid (Akademi Fantasia 2), Flop Poppy, Anuar Zain, Waheeda, Ruffedge, Raihan, Giegiel, Misha Omar, Glenn (Indonesia) dan ramai lagi.

Sempena anugerah tersebut, sebuah album Kompilasi Anugerah Era 2004 juga akan diterbitkan oleh eq music (M) Sdn. Bhd.

Sebanyak 16 buah lagu dimuatkan menerusi album itu termasuk dua lagu hasil nyanyian para penyampai Radio Era sendiri.

Dua lagu itu berjudul Bahu Ke Bahu yang dinyanyikan oleh Farah, Linda, Nadira dan Nana.

Sementara itu Halim, Kiran, Krill dan Rostam pula menyanyikan lagu berjudul Mari Bercinta Denganku.

Semua pencalonan bagi AE'04 adalah untuk lagu-lagu yang disiarkan menerusi Radio Era dari 1 Jun 2003 hingga 31 Mei lalu.

Para peminat membuat undian memilih pemenang AE'04 melalui borang yang diedarkan oleh Skuad Perodua Era, laman web www.era.fm dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

AE'04 yang diadakan tanpa mengenakan sebarang bayaran itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran astro Ria mulai pukul 8.30 malam pada 25 September ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.