saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/08/2004

Aku No.1 kutip RM1 juta


Aznil (kiri) dan Azwan Ali dalam Aku No. 1.


DALAM dunia perfileman tempatan, filem genre komedi jarang menghampakan para penonton.

Filem komedi bukan sahaja menghiburkan tetapi ia juga sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Filem Aku No.1 arahan Aznil Hj. Nawawi yang ditayangkan sejak 19 Ogos lalu membuktikan hakikat itu.

Selepas seminggu ditayangkan, filem terbitan Boommax Sdn. Bhd., itu berjaya mengutip RM1 juta hasil jualan tiketnya.

Malah, menurut Pengurus Promosinya, Rohani Ismail, jumlah kutipan filem dengan kos pembikinan RM1.5 juta itu dijangka akan terus meningkat.

``Saya yakin jumlah itu akan terus meningkat memandangkan filem ini baru seminggu lebih ditayangkan di pawagam.

``Contohnya, selepas empat hari ditayangkan iaitu pada 23 Ogos lalu, Aku No.1 mengutip RM500,000.

``Setakat ini sasaran kami untuk mengutip RM1 juta telah tercapai selepas seminggu ditayangkan.

``Filem ini mendapat kebenaran wajib tayang daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) selama tiga minggu.

``Ia ditayangkan di 30 buah pawagam seluruh negara. Walau bagaimanapun, kalau sambutannya bagus, tempoh tayangan filem ini akan dilanjutkan.

``Jika perkara ini berlaku, saya optimis filem ini mampu mengutip lebih RM1 juta,'' katanya sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Jelas Rohani, pihaknya tidak menafikan para pelakon dan jalan cerita Aku No.1 berjaya menarik perhatian para penonton.

``Walaupun ini filem pertama arahan Aznil, tetapi ternyata idea dan kreativitinya tidak menghampakan.

``Para peminat seronok menonton filem ini kerana sebahagian cerita yang dipaparkan berkisar kisah sebenar Aznil dan Azwan Ali.

``Malah, tidak dinafikan Azwan dan Aznil adalah dua personaliti dan pengacara tempatan yang paling popular.

``Jadi, saya rasa ramai peminat yang tertarik untuk menonton lakonan mereka berdua dalam sebuah filem,'' ujarnya.

Aku No.1 mengisahkan pergeseran di antara Aznil dan Azwan yang saling berlumba untuk menjadi pengacara paling popular.

Pelakon lain yang membintangi filem ini antaranya Jeslina Hashim, Kathy Fauziah, Jaafar Onn dan Munir (Phyne Ballerz).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.