saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/09/2004

Astro sifatkan kekeliruan bayaran penalti selesai

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pengendali stesen televisyen berbayar, Astro menyifatkan kekeliruan yang timbul mengenai bayaran penalti penamatan tempoh langganan minimum sebagai telah selesai dengan penjelasan yang diberikan semalam.

Pengurus Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Pemasaran Astro, Winnie Khong berkata, selain itu pihak Astro juga telah mengeluarkan dari laman web mengenai tajuk kecil perjanjian langganan yang sebelum ini menjadi punca kepada kekeliruan tersebut.

``Sebagai tambahan, penjelasan berkaitan tempoh langganan minimum turut dimuatkan dalam laman web kita untuk rujukan para pelanggan.

``Dengan tindakan ini pihak Astro berharap kira-kira 1.3 juta pelanggan kita jelas dan faham mengenai kekeliruan ini yang mana penggantian kad pintar yang baru hanyalah untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Merdeka Astro di sini hari.

Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok dan turut hadir ialah Presiden Kehormat Persekutuan Catur Malaysia, Datuk Tan Chin Nam.

Semalam, Astro menjelaskan bahawa semua pelanggannya tidak akan terikat melanggani stesen itu bagi tempoh minimum 12 bulan atau akan dikenakan penalti yang dipanggil yuran guaman sebanyak RM500 berikutan pengenalan kad pintar yang baru.

Ini bermakna segala terma dan syarat sedia ada tidak berubah.

Dalam pada itu jelas Winnie, pihaknya mengakui bahawa punca kepada kekeliruan tersebut adalah kerana adanya tajuk kecil tersebut.

``Sehubungan itu kita sudah mengeluarkannya dari laman web Astro,'' tambahnya.

Sementara itu, pasukan dari Filipina muncul juara Kejohanan Catur Merdeka Astro menewaskan 47 pasukan yang lain yang terdiri dari pelbagai negara seperti China, Uzbekistan, Filipina, Brunei dan Malaysia sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.