saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/09/2004

Slamet Raharjo anak murid Teguh Karya


BIARPUN pengarah tersohor, Teguh Karya sudah hampir tiga tahun meninggal dunia, tetapi jasanya dalam dunia perfileman Indonesia sukar dilupakan.

Pelakon dan pengarah, Slamet Raharjo Djarot, 55, adalah antara orang yang mendapat manfaat daripada tunjuk ajar Allahyarham dalam bidang lakonan.

Selepas 34 tahun terbabit dalam bidang lakonan, Slamet kini adalah antara tokoh perfileman Indonesia yang paling dikagumi ramai.

Jika tidak masakan Slamet dianugerahkan Anugerah Satya Lencana Kebudayaan oleh Kerajaan Republik Indonesia pada Mei lalu kerana sumbangan besarnya dalam dunia seni Indonesia.

Menurut Slamet, Teguh Karya banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sewaktu dia menuntut di Teater Popular di Jakarta sekitar tahun 1960-an.

``Teater Popular diasaskan oleh Teguh Karya dan saya adalah antara pelajar terawal yang belajar di situ.

``Ramai pelajar dari seluruh Indonesia yang menuntut di situ untuk mempelajari tentang seni teater dan filem daripadanya.

``Kini Teater Popular dikenali sebagai Yayasan Teater Popular dan saya adalah generasi kedua yang memimpin institut tersebut selepas Teguh Karya,'' kata Slamet dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jelas Slamet, Yayasan Teater Popular bukan setakat menjadi tumpuan pelajar dari Indonesia tetapi juga dari Malaysia.

Slamet ternyata tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang diperturunkan oleh bekas gurunya itu kepada generasi baru.

``Ramai juga pelakon dari Malaysia yang pernah belajar tentang seni lakonan filem dan teater di Yayasan Teater Popular.

``Antara anak murid saya ialah Erma Fatima, Anwardi Jamil, Normah Nordin dan Umie Aida. Alex Komang dan Christine Hakim juga pernah belajar dengan saya.

``Saya bersyukur apabila melihat ramai anak murid saya kini sudahpun berjaya menjadi pelakon dan pengarah yang bagus.

``Malah, ada di antara mereka yang lebih bagus lagi daripada saya. Saya pernah menangis apabila menonton filem lakonan dan arahan anak-anak murid saya,'' ujarnya.

Karisma Slamet dalam bidang lakonan terbukti apabila filem-filem arahannya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

``Pencapaian terbaik saya ialah menerusi filem My Sky My Home yang diterbitkan pada tahun 1990.

``Filem arahan saya itu memenangi pelbagai anugerah di beberapa festival filem di lima buah benua.

``Antaranya di festival filem di Melbourne, Australia, Berlin, Jerman, Cannes, Perancis dan Kaherah, Mesir.

``Malah, untuk filem itu juga saya mendapat Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chicago, Amerika Syarikat dan Anugerah Filem Kanak-kanak Terbaik di Melbourne,'' katanya.

Kata Slamet lagi, dia juga bangga kerana dapat mencurahkan keringat seninya kepada perkembangan industri perfileman tempatan.

``Saya sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia perfileman peringkat antarabangsa.

``Walau bagaimanapun, baru kini saya merasa bangga dengan pencapaian dan perkembangan pesat dalam industri perfileman Malaysia.

``Tahniah kepada filem Puteri Gunung Ledang dan insan-insan seni lain yang bertanggungjawab ke arah itu.

``Saya kenal antaranya dengan Aziz M. Osman, Datuk Yusof Haslam dan Bade Hj. Azmi. Saya bangga dengan mereka,'' ujarnya lagi.

Selama 34 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Slamet hanya sempat berlakon dalam 15 buah filem sahaja termasuk Puteri Gunung Ledang. Dalam filem ini Slamet melakonkan watak Pateh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.