saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/09/2004

Mahligai Gading drama RTM pertama 1,000 episod

DRAMA Mahligai Gading arahan Mohd. Kharib Ahmad atau Ariefkarmahani yang akan memulakan penggambaran pada 9 September ini turut menampilkan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai pelakon.

Menurut Ariefkarmahani, menteri tersebut akan muncul sebagai dirinya dalam babak sambutan Jubli Perak syarikat Mahligai Gading Sdn. Bhd., milik Tan Sri Sufian yang dilakonkan oleh Datuk Jins Shamsudin.

``Datuk akan muncul sebagai menteri yang diundang khas untuk merasmi majlis tersebut di sebuah banglo di Mines.

``Meskipun nampak seperti majlis yang sering dihadiri oleh Datuk, namun itu adalah sebahagian daripada adegan dalam drama Mahligai Gading,'' katanya.

Mahligai Gading merupakan drama Melayu pertama terbitan RTM yang mengandungi 1,000 episod dan dijangka akan disiarkan berterusan sehingga tiga tahun. Sebelum ini RTM telah melancarkan drama Kantonis 1,000 episod terbitannya, Lingkaran Emas.

Mahligai Gading akan disiarkan mulai akhir November 2004, di TV2 pukul 9 malam setiap Sabtu dan Ahad selama satu jam.

Antara pelakon yang menjayakan drama berkonsep Malaysia ini ialah Datuk Jins Shamsudin, Khadijah Ibrahim (Puan Sri Mariani), Shahrolnizam (Erman), Sharifah Nadia (Zulaikha), Datuk Danny Oii (Datuk Steven Foo), Sara Loo (Datin Julia Foo), Zoe Tan (Cindy), Lilian Chin (Catherine) dan Pancha (James Siva).

Menurut Ariefkarmahani, untuk musim pertama sebanyak 40 episod akan diterbitkan.

``Memandangkan drama ini bercorak Malaysia, maka nilai-nilai integrasi perlu dititik beratkan. Saya tidak menghadapi masalah dari segi jalan cerita kerana panel skrip yang diketuai oleh Hasiah Arifin memang berkebolehan,'' jelasnya.

Sementara itu Kadir yang turut hadir merasmikan majlis pelancaran drama Mahligai Gading di Carcosa Seri Negara, baru-baru ini berharap drama tersebut mampu memupuk semangat kerjasama antara kaum.

Kadir juga berkata, memandangkan drama yang dihasilkan (terbitan RTM) menggunakan duit rakyat maka pihaknya akan pastikan drama tersebut berkualiti.

``Oleh kerana kita buat dengan duit rakyat, kita mesti berikan yang terbaik. Lagipun ini adalah salah satu cara untuk mengwujudkan agenda nasional.

``Saya harap drama ini akan ditonton oleh semua bangsa dan barisan pelakon pula terdiri daripada pelbagai kaum. Di situ sahaja sudah menunjukkan unsur-unsur nasionalis,'' katanya.

Malah Kadir sendiri berusaha memujuk para pelakon untuk berlakon dalam drama Mahligai Gading.

Katanya, drama Mahligai Gading dibuat berdasarkan kisah seorang rakannya yang berjaya dalam bidang pertanian di Kedah.

``Untuk melakonkan watak utama itu saya memilih kawan baik saya juga iaitu Datuk Jins Shamsudin. Saya perlu jelaskan kepadanya tentang objektif utama drama ini dan selepas mendengarnya, baru dia setuju,'' ceritanya pada sidang akhbar drama tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seorang lagi pelakon yang dipujuk oleh Kadir untuk berlakon Mahligai Gading ialah Datuk Danny Oii.

``Saya tahu dia tidak pernah berlakon tapi saya hendak juga dia berlakon dalam drama ini sebab dia ada pengaruh tersendiri,'' tambahnya.

Drama yang berkisar tentang persahabatan tiga orang sahabat daripada bangsa Melayu, Cina dan India itu diharap dapat dieksport ke luar negara.

Sejajar dengan itu maka 50 peratus daripada adegan drama tersebut menggunakan penggambaran lokasi luar.

``Dengan cara ini kita dapat membantu sektor pelancongan,'' kata Kadir.

Mahligai Gading berkisar tentang keakraban persahabatan antara Sufian, Steven Foo dan James Siva. Selain itu drama ini juga menyentuh mengenai perjuangan dalam dunia perniagaan dan pergolakan keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.