saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/09/2004

Lefthanded - Kumpulan mungkin berpecah akhirnya

Lefthanded (dari kiri) Samad, Arab, Man Kidal, Man Dayak, Nash, Yan dan pemain dram undangan, Tom (bertopi) selepas sidang akhbar Isnin lalu.


KUMPULAN rock Lefthanded pernah dibubarkan pada tahun 1994 selepas 15 tahun diasaskan oleh gitarisnya, Man Kidal.

Bulan Mei 2003 menyaksikan Lefthanded bergabung semula dan mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

Selepas itu, Lefthanded tidak lagi mengadakan persembahan dan setiap anggotanya membawa haluan masing-masing.

Pada 26 September ini, Lefthanded sekali lagi akan bersatu dan mengadakan konsert kedua mereka selepas berpecah lima tahun lalu.

Lefthanded turut menjemput Ramli Sarip pada konsert yang akan diadakan di Warp, Life Centre, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam itu.

Konsert Ramli Sarip & Lefthanded Live In Kuala Lumpur itu mungkin merupakan konsert Lefthanded yang terakhir.

Menurut Man Kidal, Lefthanded mungkin akan dibubarkan jika anggota-anggota asalnya tidak dapat memberi komitmen terhadap kumpulan itu.

``Sekarang ini musim reunion. Banyak kumpulan yang dahulunya berpecah kini bergabung semula.

``Lefthanded juga tidak terkecuali. Tapi saya tidak pasti sama ada Lefthanded boleh kekal dan bergabung seperti dulu. Kami akan umumkan tentang perkara itu selepas 26 September nanti. Ini kerana, kami juga sibuk dengan urusan masing-masing,'' katanya semasa sidang akhbar di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Man Kidal, jika Lefthanded dapat disatukan semula, mereka merancang untuk merakamkan album baru dan mengadakan konsert bergerak ke seluruh negara.

``Lefthanded sudah lima tahun tidak merakamkan album baru. Kami bercadang mahu merakamkan album yang kelapan pada tahun depan.

``Kami juga sudah berbincang untuk mengadakan konsert di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

``Setakat ini sudah ada penganjur pertunjukkan pentas yang berminat untuk menganjurkannya,'' ujar Man Kidal atau nama sebenarnya Rahman Mahmood.

Selain Man Kidal, Lefthanded turut dianggotai oleh Nash (vokalis), Samad (gitaris), Yan (bassis) dan Man Dayak (dram). Salah seorang bekas vokalis kumpulan ini, Arab juga diundang menjayakan konsert ini.

Sejak 1986 Lefthanded telah menghasilkan tujuh buah album berjudul Keadilan, Seruan, Qabul, Evolusi, Fanatisme, Nafas dan Syurga & Neraka.

Tiket untuk menyaksikan konsert selama tiga jam itu ialah RM45. Sebarang pertanyaan berhubung Konsert Ramli Sarip & Lefthanded Live In Kuala Lumpur boleh menghubungi talian 03-56355569

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.