saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/09/2004

Utusan lancar dua majalah baru

HISHAMMUDDIN Tun Hussein melihat poster gergasi muka depan majalah Umph terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) selepas melancarkan majalah itu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam. Di sebelah Hishammuddin ialah pengarang Umph, Izhar Abu Samah. - Gambar MOHD. NOOR AMIN.


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kumpulan Utusan hari ini melancarkan serentak dua majalah terbaru keluarannya, Umph dan Harmoni dalam satu majlis warna-warni di pusat membeli-belah Berjaya Times Square, di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein yang melancarkan Umph, manakala isterinya, Datin Marsilla Tengku Abdullah merasmikan Harmoni.

Umph yang menemui pembaca sebulan sekali merupakan majalah yang dituju khas untuk lelaki, manakala Harmoni diterbitkan dua minggu sekali adalah majalah berkonsepkan wanita dan keluarga.

Majalah Umph setebal 121 muka surat itu menumpukan sasaran kepada pembaca lelaki dari pelbagai latar belakang profesion berusia antara 19 hingga lewat 30-an.

``Umph diterbitkan bagi membuka ruang kepada lelaki untuk berkongsi pengalaman mengenai rahsia hidup, kejayaan, pengalaman, kesihatan, hobi dan aktiviti rekreasi bersama pembaca lain,'' kata pengarangnya, Izhar Abu Samah.

Bagi Harmoni pula, ia diterbitkan dengan memaparkan bahan-bahan mengenai dunia wanita khususnya dalam membina sebuah keluarga bahagia.

``Keistimewaan Harmoni terletak pada bahan bacaannya yang lengkap untuk wanita yang mementingkan kesejahteraan dan kerukunan hidup berkeluarga,'' kata Nor Asmah Zakaria yang menerajui majalah itu.

Untuk edisi pertama, Umph memaparkan kisah legenda sukan Formula Satu, Michael Shumacher sebagai cerita muka depan, manakala Harmoni memuatkan kisah personaliti pengacara TV3, Azizah Ariffin.

Kedua-dua majalah tersebut yang diterbitkan oleh anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) telah berada di pasaran sejak 21 September lalu.

Umph dijual pada harga RM5.50 senaskhah di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah, Sarawak dan Brunei, RM7.

Bagi Harmoni ia berharga RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5.50 untuk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Sempena majlis pelancaran itu dimeriahkan dengan persembahan fesyen dan nyanyian oleh artis popular negara.

Antara artis terlibat ialah Waheeda, Ajai dan Nurul, pelajar Akademi Fantasi 2, Dayang Nurfaizah dan Ifa Raziah.

Selain Umph dan Harmoni, UKSB turut menerbitkan majalah popular lain seperti Mastika, URTV, HAI, Mangga, Saji, Al-Islam, Kawan dan Jurnal Pemikir.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Eksekutif UKSB, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.