saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 03/10/2004

Empat lagu syair yang menawan


JARANG kita mengetahui bahawa terdapat empat lagu syair yang menawan tidak didendangkan kesemuanya kerana kita tidak mengetahuinya. Malah syair juga satu bentuk puisi yang banyak judulnya sekarang tidak popular lagi untuk kita baca dengan lagunya.

Judul syair yang sangat akrab dengan perkembangan puisi tanah air antaranya ialah syair Siti Zubaidah, syair Dandan Setia, syair Yatim Nestapa, syair Batu Belah, syair Sifat Dua Puluh, syair Tumbuh-tumbuhan dan lain-lainnya. Menyingkap khazanah kesusasteraan Melayu ternyata kita akan menemui puluhan malah ratusan judul syair yang lain.

Ada syair yang panjang. Ada yang pendek. Syair Siti Zubaidah umpamanya ialah syair berbentuk cerita panjang. Syair Sifat Dua Puluh pula misinya ialah syair yang mengandungi pengajaran agama dan syair ini tidak panjang. Ada syair yang berupa nasihat.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi, syair dibacakan dalam acara tertentu. Malah sesebuah syair yang panjang dibacakan sampai dua tiga malam baru habis. Kemudian diikuti dengan majlis kenduri. Tradisi yang sedemikian juga hidup di negara Brunei Darussalam. Malah di negara tersebut, tradisi bersyair hidup dan meriah hingga sekarang pun.

Penduduk kampung di negara tersebut mengadakan majlis itu pada waktu malam dengan pendengar-pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagaimana yang telah disebutkan, terdapat empat lagu syair juga cukup menawan jika kita mendengarnya tambahan pula jika orang yang melagukan tersebut mempunyai suara yang baik. Lagu tersebut ialah lagu Selindang Delima, lagu syair Zaman atau syair Tua, lagu Sambas atau lagu Bendahara dan lagu syair Brunei yang dikenali juga dengan nama lagu Darussalam.

Lagu Selindang Delima merupakan lagu yang amat diketahui oleh masyarakat kita. Lagu ini digunakan dalam cerita-cerita bangsawan pada masa lalu. Kita juga mendengar lagu ini didendangkan di radio-radio. Malah lagu Selindang Delima inilah diketahui oleh pelajar-pelajar sekolah kita sekarang.

Lagu syair ini dinamakan lagu Selindang Delima ialah kerana lagunya dibawakan ketika membaca syair yang berjudul Selindang Delima. Oleh kerana itu lagu Selindang Delima ini juga digunakan atau dilagukan ketika membaca syair Dandan Setia, Siti Zubaidah, syair Batu Belah dan lain-lainnya.

Lagu Sambas atau lagu Bendahara pula pada asalnya didendangkan di majlis-majlis di istana. Lagu ini sangat masyhur ketika pemerintahan Sultan Ahmad Al Muadzam Syah iaitu sultan Pahang yang pertama. Pada satu ketika dahulu lagu syair Bendahara ini terkenal di kalangan penduduk di Pekan, Rompin hinggalah ke Mersing dan Endau. Lagu yang serupa juga terdapat di Riau iaitu di Tanjung Pinang, Pulau Penyengat dan di Pulau Daik.

Lagu Zaman pula atau dikenali juga dengan nama lagu syair Tua ini terkenal di kawasan tengah negeri Pahang membawalah ke sempadan dengan kampung-kampung di Negeri Sembilan. Pada satu ketika dahulu, orang-orang di Temerloh, Raub, Lipis dan Tembeling melagukan lagu syair yang disebutkan ini.

Lagu yang terakhir ialah lagu Darussalam atau lagu syair Brunei. Sesuai dengan namanya, lagu jenis ini terkenal di negara Brunei Darussalam. Malah lagu jenis ini juga meluas hingga ke Sabah dan Sarawak. Di Sarawak umpamanya lagu jenis ini terdapat di kampung-kampung sepanjang Sungai Samarahan. Ini termasuk di Kampung Niup, Meranik dan Muara Tuang. Di kampung-kampung yang disebutkan masih terdapat orang-orang tua yang sangat mahir dengan lagu tersebut dan dibawakan ketika membaca syair.

Manakala di Sabah pula lagu ini terdapat di Papar dan Pulau Bangi. Di tempat-tempat yang disebutkan itu lagu Darussalam ini bukan sekadar diketahui oleh orang-orang tua tetapi juga semua kalangan termasuk kanak-kanak.

Sekitar tahun 60-an dan awal 70-an, tradisi bersyair sangat meriah di kampung-kampung di kawasan-kawasan yang telah disebutkan itu. Bagaimanapun sekarang ini kemungkinan keempat-empat jenis lagu syair yang merdu itu telah mulai hilang dan ada yang mungkin tidak dapat dikesan lagi.

Usaha-usaha yang berkesan perlu dilakukan bagi menggali semula lagu-lagu syair yang telah mulai hilang itu. Jika tidak kita akan kehilangan melodi mutiara yang patut menjadi warisan dan menjadi kebanggaan kita semua.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.