saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/10/2004

Puteh nyanyi lagu komposer Sweden

INDUSTRI muzik tempatan mempunyai ramai komposer berbakat yang mampu menggubah lagu-lagu yang bermutu.

Ramai penyanyi tempatan yang popular selepas menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.

Namun, dalam pada itu terdapat juga penyanyi tempatan yang cuba mempopularkan lagu komposer dari luar negara.

Puteh misalnya menyanyikan sebuah lagu gubahan komposer dari Sweden, Kenneth Longram berjudul Saat Kau Kembali.

Lagu itu dimuatkan menerusi album kedua Puteh berjudul Gerak Hati yang berada di pasaran sejak Ogos lalu.

Menurut Puteh atau Kamarulanizal Yusof, 26, dia menyanyikan Saat Kau Kembali kerana yakin dengan kekuatan lagu itu.

``Saya tertarik dengan melodi lagu itu. Melodi lagu itu ringkas tetapi merdu dan menarik.

``Kebetulan Kenneth adalah kawan baik kepada bapa angkat saya, J. Sham (penyanyi tahun 1960-an).

``Kenneth bekerja di sini dan apabila dia mengetahui saya seorang penyanyi, dia terus mencipta lagu itu khusus untuk saya.

``Sementara itu, lirik lagu itu pula ditulis oleh Lee Manah (Rosli Manah) iaitu pengarang majalah URTV,'' kata Puteh kepada Utusan Malaysia.

Jelas Puteh, pemilihan lagu Kenneth Longram itu tidak bermakna dia tidak yakin dengan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.

``Saya hanya menyanyikan sebuah lagu Kenneth, manakala selebihnya adalah lagu-lagu gubahan komposer tempatan.

``Antara komposer yang menyumbangkan lagu dalam album terbaru saya ialah Aidit Alfian, Helen Yap, Stone (Barongan) dan Along (Exists).

``Malah, saya juga mencipta sendiri sebuah lagu dan menulis lagu Kasih,'' ujar bekas vokalis kumpulan Excellent ini.

Selain album baru, Puteh juga baru dilantik sebagai duta makanan segera A&W selama setahun sejak beberapa bulan lalu.

``Saya dilantik sebagai duta Kelab Akrab A&W. Perlantikan itu dibuat secara kontrak selama setahun.

``Antara tugas saya ialah, pada setiap bulan saya akan tampil untuk mengendalikan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab itu.

``Para peminat yang membeli album saya juga akan mendapat sekeping boucer potongan harga bernilai RM21 bagi setiap pembelian barangan A&W,'' kata Puteh lagi.

Gerak Hati diterbitkan oleh syarikat Atina House dan edarannya pula dilakukan oleh syarikat rakaman NAR Records.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.