saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/10/2004

7 Perhentian - Lakonan Erra paling berani

FILEM 7 Perhentian mencatat satu fenomena baru dalam karier Erra Fazira sebagai pelakon. Menerusi filem itu, watak Suraya yang dilakonkan oleh Erra dilihat sebagai yang paling berani setakat ini.

Keberanian Erra itu dapat dilihat apabila dia sanggup melakonkan watak Suraya bercumbu dengan pasangannya, Amir (lakonan Farid Kamil).

Pengarah 7 Perhentian, Prof. Madya A. Razak Mohaideen turut mengakui, ``Ini adalah filem lakonan Erra yang paling berani sekali. Erra berjaya melakonkan adegan romantis itu dengan baik.

``Dalam filem ini, saya cuba paparkan watak Suraya dan Amir sedang bermesra. Penggambaran pula dijalankan pada waktu malam yang sunyi sepi. Adegan romantis itu nampaknya berhasil,'' kata Razak sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas pratonton 7 Perhentian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Erra yang ditemui menganggap, adegan romantisnya bersama Farid sebagai satu tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan jalan cerita filem tersebut.

``Itu memang sudah menjadi kerja kita (berlakon). Sebagai pengarah, Razak tahu apa yang dia mahu.

``Saya berani melakonkan adegan itu walaupun dalam keadaan yang tidak rela. Apa pun, saya sudah melakonkan adegan itu mengikut apa yang dikehendaki oleh pengarah,'' ujar Erra.

Sementara itu, Farid Kamil pula melihat secara profesional adegan-adegan romantis yang dilakonkannya bersama Erra.

``Sebagai pelakon, saya lihat adegan itu daripada sudut yang profesional. Sebelum penggambaran bermula saya sudah baca skrip dan tahu ada adegan seperti itu.

``Satu jam sebelum penggambaran adegan itu dilakukan, saya buat perbincangan dengan Erra daripada segi dialog dan pergerakkan. Saya juga tanya pendapat Erra sebelum melakonkan adegan itu,'' kata Farid.

Selain Erra dan Farid, 7 Perhentian turut dibintangi oleh Waheeda, Maya Karin, Vanida Imran, Hattan, Serina Redzuawan dan Rashidi Ishak.

7 Perhentian mengisahkan tentang masalah rumah tangga dan perniagaan Amir. Ekoran masalah itu, Amir melarikan diri dengan memandu kereta sendiri pada waktu malam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Sewaktu dalam perjalanan itu, Amir bertemu dengan seorang gadis misteri yang dikenali sebagai Suraya.

Penggambaran 7 Perhentian dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Janda Baik (Pahang) termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Nilai dan Seremban.

Filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta ini adalah hasil usaha sama antara Metrowealth Movies Production, MIG Beats dan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

7 Perhentian akan ditayangkan kepada umum mulai 14 November ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.