saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/10/2004

Sofaz sudah mampu bernafas

FAKTOR tuah memainkan peranan penting di dalam kerjaya artis baru. Di tengah kerancakan kemunculan banyak bakat-bakat baru, tuah akan membawa satu nama nampak lebih ke hadapan dibandingkan dengan yang lain.

Atas tuah mereka juga, kumpulan Sofaz dilihat agak ke depan dibandingkan dengan kumpulan baru lain ketika ini.

Sofaz bernaung di bawah syarikat rakaman SRC, syarikat tempatan yang dilihat paling berjaya semenjak lima tahun kebelakangan ini.

Selain itu juga, tuah Sofaz menyerlah apabila sebuah lagu mereka liriknya dihasilkan oleh penyanyi paling popular Siti Nurhaliza.

Lagu berkenaan berjudul Kepala Batu dan menjadi antara daya penarik utama album sulung mereka berjudul Cintai Aku.

``Tuah yang lebih hebat lagi ialah apabila Sofaz terlibat dalam konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour baru-baru ini,'' jelas penyanyi utamanya, Amir Mahiyidin.

Selain Amir, turut menganggotai kumpulan ini ialah Wan Shahbaharin Niktah (Shah-gitar utama), Wan Shah Baharom Niktah (One - deram), Ahmad Fairouz Mohamad (Fairous - gitar), dan Zarimi Zahari (Zimi - gitar kedua/penyanyi kedua).

Menurut Amir lagi, bukan mudah bagi sebuah kumpulan yang baru bernafas untuk sama terlibat dalam konsert besar-besaran seperti itu.

``Justeru kami gunakan peluang yang datang dengan sebaik mungkin untuk memperkenalkan nama Sofaz sepanjang konsert itu berlangsung,'' katanya lagi yang menganggap peluang itu antara kenangan manis dalam perkembangan kerjaya mereka dalam bidang seni.

Ketika kehebatannya belum diakui di negara sendiri, Sofaz sudah mengatur langkah untuk mencari nama di negara jiran, Indonesia.

Sofaz yang ditubuhkan hasil daripada uji bakat yang dibuat oleh syarikat rakaman SRC.

Dengan vokal merdu Amir dan kebolehan bermain muzik, Sofaz mempertaruhkan bakat dan keyakinan untuk muncul sebagai kumpulan disegani suatu hari nanti.

Bercakap tentang konsep album pula, kata Amir, Cintai Aku penuh dengan lagu-lagu berkonsep pop bebas (free pop).

Maka jika mendengar lagu-lagu dendangan mereka mirip kepada apa yang disampaikan oleh kumpulan popular Indonesia, Dewa ia tidak perlu dihairankan.

``Mereka adalah inspirasi kumpulan baru seperti kami. Melihat sambutan peminat di Indonesia dan Malaysia terhadap Dewa, tidak salah rasanya kami mengambil pengaruh lagu-lagu mereka dalam album ini,'' kata Amir lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.