saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/10/2004

LYNN - Bercerai bukan berakhir kehidupan

LYNN.



Jodoh dan perpisahan bukan kerja manusia. Justeru, tidak siapa dapat tentukan apa yang akan terjadi pada ikatan perkahwinan walau ia dibina atas rasa cinta, kasih dan sayang.

Sejak diijab kabul sebagai isteri kepada Yantzen Juniwan, Sharifah Norazleenda Al-Khaired Syed Abu Bakar (Lynn), 32, tidak pernah terfikir rumah tangganya hanya mampu bertahan untuk tempoh 10 tahun. Namun dramatis ini pasrah pada takdir yang mendatang.

``Perceraian yang terjadi bukan penamat segalanya. Apa yang penting, kena kuat semangat menghadapi dugaan ini,'' akui Lynn, pengacara program Jom Jalan Malaysia, setiap Ahad pukul 3 petang di TV1 ini.

Utusan Malaysia cuba menyingkap kehidupan terbaru Lynn.

Bagaimana kehidupan Lynn sekarang?

LYNN: Okay sahaja, tidak ada apa-apa. Mula-mula berpisah memanglah terasa sepi tapi hidup mesti diteruskan. Sebab itu Lynn tidak suka memikirkan perkara-perkara yang boleh melemahkan diri.

Selama 10 tahun hidup bersama, tiba-tiba menjadi ibu tunggal.

LYNN: Memang sedih. Bohonglah kalau Lynn kata tidak sedih. Semua yang berlaku bukan kehendak kita tapi takdir yang menentukan. Bagaimanapun kita perlu tabah. Bukan saja Lynn tapi juga Yantzen dan anak kami, Alif Ronan, 5.

Bagaimana Lynn menghadapi kesedihan ini?

LYNN: Lynn sentiasa mengelak dari memikirkan perkara-perkara yang boleh melemahkan semangat. Sebaliknya Lynn mengambil sikap memotivasikan diri ke arah positif kerana bercerai bukan bererti berakhirnya kehidupan.

Bila sebenarnya Lynn bercerai secara rasmi dengan Yantzen?

LYNN: Bercerai secara rasmi pada 13 September lalu pukul 10.45 pagi di depan hakim di Mahkamah Gombak Timur Keramat. Kiranya sudah hampir sebulan Lynn menjadi ibu tunggal.

Kami tidak pernah pergi kaunseling sebelum itu kerana segala keputusan dibuat atas persetujuan bersama. Sampai mahkamah, Lynn buat permohonan. Mereka telefon Yantzen dan masuk mahkamah terus.

Besar sangatkah perselisihan faham Lynn dengan Yantzen sehingga terpaksa bercerai?

LYNN: Sebenarnya perceraian kami berlaku dalam suasana yang tenang. Tidak ada pertelingkahan atau perang besar. Sebaliknya kami berbincang dengan cara baik sebelum mengambil kata sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Sebab itulah sampai sekarang kami masih berbaik walau bukan lagi sebagai suami isteri. Bagi Lynn, ini takdir. Siapa kita untuk tahan takdir.

Sebelum ini Lynn ke Mekah. Apakah waktu itu mahu mencari ketenangan sebelum membuat keputusan bercerai?

LYNN: Pemergian Lynn ke Mekah tidak bersangkut paut dengan perceraian ini. Lynn ke Mekah untuk beribadat. Malah di sana Lynn siap bermohon agar panjangkan jodoh dan tunjukkan yang benar. Mungkin inilah kebenarannya.

Anak siapa jaga?

LYNN: Lynn tidak suka bila bercerai, masing-masing buat hal sendiri. Kalau macam itu kasihan pada anak. Macam hak penjagaan anak ini pun, Lynn dan Yantzen berbincang. Kita tidak tetapkan hari tapi ikut mood anak.

Kalau hari itu Alif nak pergi kepada bapanya, saya akan hantar dia kepada Yantzen sebab saya tidak mahu memberi tekanan kepada anak. Anak pun sudah faham keadaan ibu bapanya. Lagipun rumah kami dekat, saya bersama ibu bapa di Sungai Long dan Yantzen dekat Cheras.

Macam mana Lynn memberitahu Alif tentang perceraian ini?

LYNN: Lynn serahkan kepada Yantzen. Walaupun Alif kecil lagi tapi kami sentiasa layan dia seperti orang dewasa.

Kalau ditakdirkan Lynn dan Yantzen kembali bersatu?

LYNN: Insya Allah di masa akan datang kalau jodoh kuat lagi, siapa tahu. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan adalah antara kami tidak ada persefahaman. Sudah tentulah ada sebabnya tapi terlalu peribadi. Apa pun Yantzen adalah seorang lelaki yang berfikiran terbuka dan sentiasa bersedia berbincang.

Reaksi keluarga bagaimana?

LYNN: Macam ibu bapa Lynn kata, awak pilih pasangan awak untuk berkahwin dan untuk bercerai ini mereka tidak mahu masuk campur. Mereka memberi galakan waktu kami buat keputusan untuk kahwin tapi perceraian ini mereka tidak masuk campur kerana cerai itu merobohkan masjid. Jadi ibu bapa Lynn serahkan pada kami sendiri untuk membuat keputusan. Mereka nasihatkan, kalau boleh elakkan perceraian kerana mereka pun tidak suka.

Bagaimana reaksi kawan-kawan? Ramai yang anggap Lynn dengan Yantzen sebagai loving couple.

LYNN: Memang ada yang terkejut, sebab selama ini pun kita orang tidak kecoh-kecoh. Lynn tidak pernah bercerita dengan kawan-kawan. Bila benda ini sudah berlaku, Lynn harus berterus terang. Tapi kalau boleh, Lynn tidak mahu membesarkan cerita ini.

Macam mana raya tahun ini?

LYNN: Lynn dengan Yantzen tidak bergaduh besar. Terpulanglah pada Yantzen kalau dia nak sambut raya dengan keluarga Lynn seperti selalu. Lynn sekeluarga tetap terimanya dengan hati terbuka. Lagipun dia sudah rapat dengan semua ahli keluarga Lynn.

Khabarnya Lynn sekarang aktif buat pakej umrah?

LYNN: Sebenarnya sekarang ini Lynn bersama Raihan Suleiman Travel & Tour Sdn. Bhd. Kami menganjurkan pakej umrah. Sesiapa yang berminat nak ikut pakej ini boleh hubungi talian 03-91738122.

Apakah keruntuhan rumah tangga menjadikan Lynn lebih cenderung ke arah keagamaan?

LYNN: Bukan kerana keruntuhan rumah tangga. Tapi hasrat itu mula Lynn rasakan waktu Lynn buat umrah kali kedua, pada Jun lalu.

Kali pertama pada September tahun lepas, Lynn memang tidak merancang. Tiga minggu sebelum pergi Lynn rasa menggigil sangat sebab waktu itu pengetahuan belum lengkap. Tapi disebabkan nak sangat pergi, Lynn tawakal sahaja. Kunjungan kali kedua pun Lynn tidak rancang. Satu hari Jumaat, Lynn terdengar khutbah dan terus hati terasa nak buat umrah lagi.

Pada kunjungan kedua itu, Lynn mula merasakan betapa indahnya Islam. Waktu itu hati Lynn mula merasakan alangkah baiknya kalau kebesaran Allah itu dapat dinikmati oleh semua orang. Bila balik, Lynn mula memikirkan caranya. Sebab itu Lynn menyertai Raihan Suleiman Travel & Tour. Kali ketiga ini Lynn memang rancang nak pergi. Lynn nak bawa jemaah pergi kalau boleh dalam bulan Ramadan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.