saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2004

Yana - Penyanyi lagu-lagu runut


Yana.


APABILA sebut sahaja nama Yana, mungkin ramai yang tidak menyedari kemunculan penyanyi ini dalam persada seni suara tempatan. Namun, apa yang pasti album sulung penyanyi berusia 20 tahun ini yang berjudul Ceria sudah berada di pasaran sejak 22 Julai lalu.

Walaupun sudah hampir tiga bulan album terbitan MIG Records Sdn. Bhd., itu berada di pasaran tetapi masih ramai yang belum mengenali Yana.

Sungguhpun tidak dikenali ramai, tetapi ada di antara lagu-lagu daripada album Yana amat popular dan sinonim di kalangan para pendengar.

Ini kerana, lagu-lagu dendangan Yana telah dipilih sebagai lagu runut menerusi filem-filem terbitan Metrowealth Movies Production (MMP).

Menurut Yana atau Norliana Samsudin, dia tidak terkilan apabila masih ramai peminat yang belum mengenali dirinya.

``Bagi Yana, apa yang penting para pendengar suka dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album pertama Yana itu.

``Apatah lagi, lagu-lagu Yana dijadikan soundtrack dalam filem-filem terbitan MMP.

``Contohnya, lagu Yana yang berjudul Hingga Hujung Nyawa dijadikan lagu tema untuk filem Hingga Hujung Nyawa.

``Lagu Aku Pasrah pula dijadikan lagu soundtrack untuk filem Mami Jarum Jr.

``Sebelum ini, Yana juga pernah diundang untuk menyanyikan lagu soundtrack berjudul Alahai Mami Jarum untuk filem Mami Jarum,'' kata Yana selepas sesi fotografi dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Malah jelas Yana, dia juga tidak kisah apabila ada suara sumbang yang mengatakan dia menumpang populariti filem-filem terbitan MMP.

``Yana tidak kisah, malah memang Yana bangga kerana menumpang populariti sesebuah filem itu. Ia sedikit sebanyak turut mempromosikan album Yana.

``Mana tidaknya, setiap kali promosi filem Hingga Hujung Nyawa, Mami Jarum dan Mami Jarum Jr., Yana juga akan dijemput.

``Ketika promosi itu, Yana akan menyanyikan lagu-lagu soundtrack filem-filem tersebut.

``Dengan cara itu, lama kelamaan peminat akan kenal juga siapa penyanyi asal lagu-lagu itu,'' ujar Yana.

Selain menyanyi, Yana turut mengembangkan bakatnya melalui bidang lakonan.

``Ramai juga orang tidak perasaan kemunculan Yana dalam dunia lakonan. Yana pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Mami Jarum Jr.

``Itu adalah filem lakonan Yana yang pertama. Selepas itu, Yana juga berlakon dalam filem I Know What You Did Last Raya dan 7 Perhentian.

``Selain filem, Yana juga pernah berlakon sebuah telemovie berjudul Tarian Melayu Terakhir,'' kata anak kacukan Jawa dan Bidayuh ini lagi.

Meskipun bintang Yana dalam bidang seni belum menyinar sepenuhnya tetapi kecantikan anak kelahiran Yong Peng, Johor ini menjadi perhatian ramai.

Buktinya, Yana telah dipilih menjadi jurucakap bagi produk kecantikan Fibro Protein Chitosa selama setahun.

Selain lagu Hingga Hujung Nyawa dan Aku Pasrah, lagu-lagu lain yang dimuatkan menerusi album Ceria ialah Go Away (Pergilah), Aku Redha, Kosong, Mengertilah, Bermula Satu Cerita, Rahsia Cinta, Ceria dan Singgahsana Sangkar Cinta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.