saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 15/10/2004

Cabaran 1001 Rasa Babas cungkil bakat memasak

RAMADAN muncul lagi. Di negara ini, kedatangan bulan seribu rahmat itu lazimnya akan dikaitkan dengan pasar juadah yang tumbuh bagai `cendawan di musim hujan.'

Satu lagi kebiasaan yang hanya dapat dilihat di bulan Ramadan ialah munculnya pelbagai bentuk program masakan di televisyen yang secara tidak langsung sebe-narnya menyenangkan kaum ibu membuat pilihan menu juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga.

Mengulangi kemeriahan Ra-madan tahun lalu, saluran Ceria Anda, ntv7, sekali lagi tampil dengan program Cabaran 1001 Rasa Babas - pertandingan masakan yang menawarkan hadiah paling lumayan pernah ditawarkan dalam mana-mana pertandingan seumpama itu.

Program bercorak realiti ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM50,000, dengan juara pertandingan bakal membawa pulang RM25,000, tempat kedua, ketiga dan keempat, masing-masing RM10,000, RM5,000 dan RM1,000.

Turut disediakan hadiah penonton di rumah RM5,000, RM2,000 bagi pemenang kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga. Dua hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap satu juga disediakan.

Rancangan tersebut merupa-kan kesinambungan kerjasama antara pengeluar rempah ratus terkenal, Baba's dan ntv7, berikutan kejayaan program 1001 Rasa yang disiarkan secara langsung sepanjang Ramadan tahun lalu.

Ketua Promosi dan Pengiklanan Produk Babas (M) Sdn Bhd, Claudian Navin Stanislaus, berkata, konsep baru ini lebih inovatif dan unik kerana ia membabit orang ramai khususnya pengguna produk Baba's sendiri.

Katanya, lebih 300 penyertaan diterima dari seluruh negara sebelum disenarai pendek kepada 50 orang yang dipanggil bagi menghadiri uji bakat dan membuat demonstrasi memasak berdasarkan resipi yang dihantar.

``Kalau pada tahun lalu, kami akan pergi dari satu restoran ke satu restoran sekitar Lembah Klang, tetapi kali ini kami mengundang orang ramai untuk menunjukkan sendiri kebolehan memasak dan sekali gus berkongsi resipi masakan mereka dengan penonton,'' katanya pada pelancaran Cabaran 1001 Rasa Babas, di ntv 7, Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Claudian, peserta diberi masa 20 minit untuk menyiapkan hidangan dan setiap kumpulan diwakili dua atau tiga peserta sama ada ahli keluarga, sanak saudara atau rakan.

Penilaian oleh para juri katanya, berdasarkan kepada bebera-pa kriteria seperti kreativiti, keenakan, kebersihan, keaslian resipi, persembahan sajian dan kerjasama antara ahli kumpulan.

``Hanya 20 resipi terbaik berjaya ke peringkat akhir Cabaran 1001 Rasa Babas dan berpeluang menunjukkan kebolehan mereka di kaca televisyen,'' katanya.

Mengenai syarat penyertaan, beliau berkata, peserta dikehendaki menghantar satu resipi ciptaan sendiri (untuk hidangan lima orang) dengan menggunakan sebarang produk keluaran Baba's.

Setiap resipi yang dipertandingkan, tidak kira masakan Asia atau Barat mestilah halal dan melambangkan masyarakat majmuk di negara ini dengan memberi pe-nekanan pada makanan berkhasiat dan sihat.

``Apa yang penting resipi tersebut adalah asli dan bukan ditiru dari mana-mana sumber,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Shazalli Ramly berkata, maklum balas penonton yang menggalakkan ketika program tersebut ditayang buat pertama kali tahun lalu mendorong pihaknya untuk menyambungnya tahun ini.

Bagaimanapun katanya, Cabaran 1001 Rasa Babas tidak seperti program masakan lain kerana ia lebih menggalakkan interaksi di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengambil bahagian.

``Rakyat Malaysia memang suka mencuba sesuatu yang baru, jadi resipi-resipi yang akan disiarkan saya percaya akan disukai ramai,'' katanya.

Program yang dihoskan oleh pelakon serba boleh, Radhi Khalid akan disiarkan dalam kapsul harian lima minit, mulai Isnin hingga Jumaat. Kapsul lima minit itu boleh disaksikan lima kali sehari iaitu pada 12 tengahari, 1 petang, 1.55 petang, 4 petang dan 6.55 petang.

Pada Sabtu, ia akan disiarkan selama 30 minti pada 6.30 petang dan diulang siar pada waktu sama setiap Ahad.

Setiap minggu, lima kumpulan berentap bagi menunjukkan resipi dan kebolehan memasak untuk memilih pemenang mingguan. Kemuncak pertandingan akhir Cabaran 1001 Rasa Babas diadakan 20 November ini, jam 5 petang.

Dalam pada itu Baba's turut mengambil iniseatif menerbitkan buku resipi bertajuk, Resipi-Resipi 1001 Rasa yang memuatkan 30 resipi melalui program tahun lalu.

Buku resipi itu boleh didapati dengan mengumpulkan 10 kupon yang diperoleh daripada pembelian sebarang produk Babas dan mengembalikannya kepada syarikat berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.