saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/10/2004

Penyelia kilang mangsa ragut mati

PULAU PINANG 14 Okt. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang penyelia sebuah kilang, Wong Moe Sheng, 54, menemui ajal setelah diragut oleh dua lelaki bermotosikal di Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Mangsa yang terjatuh ke atas jalan, mengalami kecederaan serius akibat pendarahan di kepala dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 1 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner II Mohd. Ali Mohd. Yusuf berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, wanita yang masih bujang itu sedang berjalan bersendirian untuk membeli makanan.

Katanya, sejurus keluar dari rumah, muncul dua lelaki bermotosikal dari arah belakang lalu meragut beg tangan mangsa.

``Tarikan yang kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala. Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri,'' katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.

Sehubungan itu, polis memburu kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 20-an bagi membantu siasatan.

``Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sehingga petang ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,'' katanya.

Pada 23 Mei lalu, seorang wanita, Chin Wai Fun, 38, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur selepas koma lebih 17 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut bermotosikal yang cuba meragut beg tangannya di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pada 13 Jun pula, kerani wanita akhbar Nanyang Siang Pau, Choong See Cheng, 37, meninggal dunia setelah koma selama 17 jam akibat cedera parah di kepala selepas dikasari oleh dua peragut bermotosikal di Taman Molek, Johor Bharu.

Kabinet pada Jun lalu memberi perhatian serius terhadap kes-kes ragut yang berleluasa di negara ini dan menumpukan kepada beberapa cadangan untuk membanteras jenayah berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.