saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/10/2004

Doktor dituduh miliki ubat batuk, pil khayal

KUANTAN 14 Okt. - Seorang doktor klinik swasta yang ditahan 6 Oktober lalu kerana disyaki memiliki 38,392 biji ubat khayal dan 756 botol ubat batuk dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh tuduhan termasuk dua di bawah Seksyen 39B(1)A Akta Dadah Merbahaya.

Baki lima lagi pertuduhan dibuat di bawah Akta Racun 1952.

Tertuduh, Allwee Idris, 41, yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan dan meminta dibicarakan.

Tiga tuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret I di hadapan Majistret Ramesh Gopalan manakala pertuduhan lain di Mahkamah Majistret II di hadapan Majistret Che Noralashiken Abd. Razak.

Pendakwaan di mahkamah pertama dikendalikan oleh Asisiten Supritendan Zawawe Ibrahim sementara pendakwaan di mahkamah kedua oleh pegawai pendakwa, Ketua Inspektor Muhamad Zakaria.

Allwee didakwa di bawah Akta 39B di Mahkamah Majistret II kerana memiliki 579 botol atau 69.48 liter ubat batuk mengandungi Codeine dalam serbuan pada pukul 2.45 petang, 6 Oktober lalu di kediamannya di Bukit Istana, di sini.

Sebutan semula kes bagi kesemua pertuduhan ditetapkan pada 14 Disember depan kerana laporan kimia masih belum siap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.