saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/10/2004

`Guru tak pandai mengajar' -- Antara punca ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Guru yang dikatakan `tidak pandai mengajar' menjadi antara punca masalah ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas.

Malah, menurutnya, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.

``Selain itu, subjek yang diajar tiada kaitan dengan keperluan mereka dan tidak minat belajar juga sering dikaitkan berlakunya gejala ponteng,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai masalah ponteng sekolah yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohamed Che Hamid, terus serius apabila ada sebuah sekolah menengah di Felda di negeri itu mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.

Menurut Mahadzir, bagi isu di Terengganu ini, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri menyiapkan laporan yang konstruktif, punca berlakunya masalah ponteng di sekolah-sekolah secepat mungkin.

Laporan lengkap ini penting untuk mengenal pasti kategori ponteng yang berlaku di sekolah tersebut termasuklah ponteng sekolah (keluar rumah dengan memakai pakaian seragam tetapi tidak ke sekolah), ponteng kelas (ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu), ponteng akibat bangun lewat atau tidak menyiapkan kerja rumah.

``Kementerian juga telah meminta supaya laporan tersebut disertai dengan langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi menangani masalah itu sebelum tindakan susulan diambil,'' jelasnya.

Menurutnya, isu ponteng kini berada pada tahap yang kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah.

``Laporan menyeluruh perlu dibuat terutamanya untuk mengenal pasti punca sebenar masalah ponteng itu bukan sahaja yang berlaku di Terengganu malah di seluruh negara dan seterusnya dicari jalan penyelesaian,'' katanya.

Tambah beliau, dalam kes ini, Pengarah Pelajaran Negeri perlu memanggil dan berbincang dengan guru besar sekolah yang terbabit dan mencari punca sebenar berlaku perkara tersebut.

``Setelah itu, pihaknya boleh mengemukakan langkah-langkah yang perlu diambil tanpa perlu merujuk kepada kementerian bagi menyelesaikan masalah tersebut,'' katanya.

Mahadzir juga memberitahu, pihak pengurusan sekolah perlu berusaha untuk memastikan sekolah menjadi tempat yang seronok kepada para pelajar mereka bagi menangani masalah ini.

Selain itu, hubungan mesra antara guru dengan murid, kemudahan untuk menyokong kehadiran mereka ke sekolah serta keprihatinan ibu bapa dan masyarakat dijangka dapat menyelesaikan isu tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.