saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/10/2004

Erra Fazira - Matlamat jadi produser

SUKAR untuk menafikan bahawa Erra Fazira adalah pelakon wanita tempatan nombor satu. Hakikat itu dapat dilihat melalui pelbagai watak yang pernah dilakonkannya sejak bergelar pelakon lebih 10 tahun lalu.

Walaupun sedang mengecapi gemerlapan sebagai bintang filem, Erra juga mempunyai perancangannya sendiri di masa depan.

Menurut Erra, dia merancang menjadi penerbit filem selepas bersara sebagai pelakon.

``Erra memang ada cita-cita mahu menjadi produser, tetapi bila masanya Erra belum tetapkan lagi.

``Erra rasa bidang yang paling hampir dengan Erra selain berlakon ialah menjadi produser filem.

``Kalau sudah tiba masanya, mungkin Erra akan menjadikan tugas sebagai produser, karier Erra selepas bersara berlakon nanti,'' kata Erra sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas pratonton filem 7 Perhentian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi filem terbitan Metrowealth Movie Production (MMP) itu Erra berlakon bersama Farid Kamil, Vanida Imran, Hattan dan Rashidi Ishak.

Kata Erra, jika berpeluang menjadi penerbit, dia teringin menerbitkan sebuah filem aksi.

``Erra memang suka menonton filem-filem aksi. Sebab itu, kalau ada peluang, Erra mahu terbitkan sebuah filem aksi macam Indiana Jones.

``Walau bagaimanapun, buat masa ini biarlah Erra berlakon dulu. Tidak mungkin Erra bersara berlakon dalam masa terdekat ini.

``Buat masa ini, bidang lakonan adalah periuk nasi Erra. Erra masih ada banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Bagi Erra, setakat ini rezeki Erra masih lagi dalam dunia lakonan,'' ujar Erra yang juga merupakan penyanyi popular tempatan.

Jelas Erra, masih banyak lagi watak-watak yang belum berpeluang dilakonkannya menerusi filem ataupun drama.

``Selama ini Erra banyak berlakon watak yang romantis dalam filem-filem cinta. Tetapi sebenarnya Erra mahu cuba watak-watak lain yang lebih mencabar.

``Contohnya watak seorang wanita atau ibu tiri yang jahat dan kejam. Erra rasa ramai peminat yang tidak percaya kalau Erra lakonkan watak seperti itu.

``Kalau diberi peluang, Erra mahu cuba lakonkan watak lain yang belum pernah Erra lakonkan. Erra ingin mencari perubahan dalam karier Erra sebagai pelakon,'' kata Erra lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.