saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 23/10/2004

Negeri terhimpit

PASUKAN bola sepak negeri mungkin terhimpit jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mendapatkan penajaan berjumlah RM30 juta setahun bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan berikutan penaja utama Dunhill terpaksa menamatkan kontraknya hujung tahun ini.

Jika gagal mendapat penajaan berjumlah RM30 juta setahun, FAM tidak mungkin dapat memperuntukkan hampir setengah juta ringgit kepada setiap persatuan bola sepak bagi tujuan pengurusan pasukan dan pembangunan di negeri masing-masing.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan berkata, penaja utama, Dunhill terpaksa menamatkan kontrak dengan FAM hujung tahun ini ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu.

Menurutnya, melalui konvensyen itu yang disertai 192 buah negara termasuk Malaysia telah bersetuju semua anggota mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau.

``Atas ketetapan tersebut serta peraturan Kawalan Produk Tembakau 1993 Dunhill tidak lagi boleh menaja FAM dan kontrak akan berakhir Disember ini,'' ujarnya ketika ditemui di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Dell berkata, ekoran daripada keputusan itu, FAM kehilangan sumber kewangan utama daripada syarikat terbabit yang menyalurkan peruntukkan sebanyak RM30 juta setahun sejak lebih sepuluh tahun lalu bagi membangunkan bola sepak di Malaysia.

Beliau mengakui FAM sukar untuk mendapatkan penajaan daripada satu syarikat yang mampu menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta seperti yang diberikan oleh Dunhill.

``Jika FAM gagal mendapat penajaan sebanyak RM30 juta musim depan, ini akan menjejaskan peruntukan hampir setengah juta yang diberikan kepada persatuan bola sepak negeri,'' katanya.

Musim ini, FAM membelanjakan sebanyak RM18.8 juta untuk pengurusan persatuan bola sepak negeri dan kelab serta hadiah kemenangan dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala FAM dan belia.

Bantuan terbabit merangkumi pengurusan setiap pasukan dalam Liga Super sebanyak RM550,000; pasukan negeri dalam Liga Perdana mendapat RM450,000 dan kelab pula sebanyak RM200,000.

Mengulas lanjut Dell menambah, setakat ini FAM sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa penaja baru yang bersedia untuk menaja badan induk itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan syarikat-syarikat yang telah bersetuju untuk membantu FAM.

``Dulu kita hanya bergantung kepada Dunhill semata-mata serta beberapa penaja lain tetapi kali ini FAM akan cuba dapatkan penajaan daripada pelbagai syarikat,'' ujarnya.

Katanya, FAM akan mencuba segala usaha bagi memastikan badan induk itu mendapat penajaan sebanyak RM30 juta untuk menghadapi kempen musim depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.