saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/10/2004

Siti Nurhaliza - Buat biskut `tunjuk-tunjuk'

SITI Nurhaliza dalam dua aksi berbeza bersama Saiful Apek dan Salamiah Hassan ketika merakamkan program raya di Astro baru-baru ini.


PENYANYI Siti Nurhaliza masih belum dapat memastikan bila dia akan mengadakan rumah terbuka. Namun kata Siti, selagi dia berada di kampung, kalau ada yang hendak datang ke rumahnya dipersilakan.

Jelas Siti, jika tidak ada aral melintang dia akan balik ke kampung seminggu sebelum raya atau selewat-lewatnya tiga hari sebelum raya menjelang.

Siti hanya akan berhari raya seminggu sahaja di kampung kerana selepas itu dia perlu pergi ke Surabaya, Indonesia untuk menyambung semula konsert bergeraknya di sana pada 27 November ini.

Selain Surabaya, Siti juga akan menjayakan konsert bergerak yang diaturkan oleh Trans TV dan Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd., itu di Jakarta (12 Disember), Makasar (19 Disember), Bandung serta Medan yang belum ditetapkan tarikhnya lagi.

``Raya-raya ini orang saling kunjung mengunjungi, jadi kalau yang nak datang beraya silalah. Tapi raya kali ini Siti tidak berpeluang membuat biskut sebab sibuk. Kali ini buat biskut `tunjuk-tunjuk' (beli) saja,'' kata Siti yang akan membawa pulang biskut-biskut yang dibelinya itu ke kampung.

Selain sudah bersiap sedia dengan biskut raya, Siti juga sudah tempah tiga pasang baju rayanya daripada Michael Ong. Kata Siti, baju raya ditempah sekali dengan baju untuk program TV.

Penyanyi yang sudah dua kali mengerjakan ibadat umrah itu juga tidak menghadkan bajet untuk raya. Apa yang pasti kata Siti perbelanjaan kali ini lebih daripada raya lalu.

Menyentuh mengenai pemergiannya ke tanah suci Mekah pada 15 hingga 23 Oktober lalu, Siti berkata, dia pergi ke sana kerana ingin menunaikan ibadat dan bukan kerana rasa tertekan.

``Siti pergi buat umrah kerana sejak pergi pertama kali dulu, Siti sudah tanam azam dalam diri kalau ada rezeki dan kelapangan Siti akan pergi setiap tahun. Alhamdulillah, kali ini Allah izinkan Siti ke sana,'' katanya sewaktu ditemui selepas rakaman rancangan raya Aidilfitriku Bersama Siti Nurhaliza di Studio 1, Astro, baru-baru ini.

Untuk sambutan raya kali ini Siti juga sudah mencetak kad raya baru sebanyak 5,000 keping untuk peminat-peminatnya.

Raya kali ini peminat juga berpeluang menonton Siti di tiga saluran TV. Siti akan muncul dalam rancangan Syawal Datang Lagi di RTM, Variasi Fitri... Siti Nurhaliza di TV3 (15 November, 6.30 petang) dan Aidilfitriku Bersama Siti Nurhaliza di Astro Ria yang akan ke udara pada 14 November ini pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketiga-tiga program tersebut diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama stesen TV berkenaan.

Untuk program Syawal Datang Lagi dan Aidilfitriku Bersama Siti Nurhaliza, Ahmad Idham diberi tanggungjawab sebagai pengarah.

``Siti tidak kisah bekerja dengan sesiapa sahaja, asalkan program yang dirakam berjalan lancar dan berkualiti,'' katanya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Rashid Sibir.

Untuk program di Astro Ria itu, Siti telah mengundang artis yang nama mereka bermula dengan pangkal `S' termasuk Siti Roziana (Ziana), Shahrul Anuar (Anuar Zain), Salamiah Hassan, Saiful Apek dan Salih Yacob.

Sepanjang menonton rakaman rancangan tersebut penonton tidak henti bergelak melihat gelagat Apek dan Salih. Malah pilihan lagu juga tidak membosankan.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan ialah Anugerah Aidilfitri, Nostalgia Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Bersabarlah Sayang, Sesuci Lebaran, Seloka Hari Raya, Selamat Hari Raya, Nazam Lebaran dan medley lagu Bila Takbir Bergema, Puteri Remaja, Jikalau Abang Merindu, Gadis Melayu dan Joget Siapa Dia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.