saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/11/2004

Saiful Apek - Kelab peminat di lancar

SAIFUL Apek telah membuktikan bahawa dia adalah pelakon lelaki tempatan paling popular. Buktinya, tidak sampai 10 tahun bergelar pelakon, Saiful telah membintangi 23 buah filem yang kebanyakkannya mencatat kutipan tiket box-office.

Sokongan para peminat adalah antara faktor yang terus mengekalkan nama Saiful dalam persada seni tempatan.

Justeru, bagi mengeratkan lagi hubungan dengan para peminatnya, Saiful telah menubuhkan kelab peminatnya sendiri iaitu Apek's F.C (A.F.C).

Menurut Saiful, A.F.C., diharap dapat memberi manfaat kepada para peminat yang memberi sokongan kepadanya selama ini.

``Sebenarnya saya sudah lama mahu menubuhkan A.F.C tetapi ia lambat direalisasikan kerana saya sibuk shooting filem.

``A.F.C diselenggarakan di bawah syarikat Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd. yang saya tubuhkan pada 20 Februari 2002.

``Saya sudah rancang pelbagai aktiviti untuk A.F.C antaranya mencandat sotong, berkayak, bercuti ke pulau-pulau peranginan dan merentas hutan rimba.

``Dengan cara itu, para peminat boleh mengenali saya secara lebih dekat lagi,'' kata Saiful semasa majlis pelancaran A.F.C di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Saiful atau Mohd. Saiful Azam Mohamed Yusoff, 35, melancarkan sendiri kelab peminatnya itu selepas majlis berbuka puasa.

Pada majlis itu, Saiful turut menjemput 30 anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur.

Langkah Saiful itu memang patut dipuji apabila kumpulan anak-anak yatim yang dijemputnya itu terhibur dengan gelagatnya sewaktu majlis tersebut.

Sayangnya di majlis itu, Saiful sekadar menjamu anak-anak yatim terbabit berbuka puasa.

Selepas pelancaran A.F.C, anak-anak yatim tersebut pulang begitu sahaja tanpa layanan mesra dari Saiful. Malah, mereka juga tidak diberi walau sesen pun duit raya daripada Saiful. Sedangkan sudah menjadi tradisi artis-artis tempatan yang meraikan anak-anak yatim akan memberi mereka duit raya. Tetapi Saiful sekadar memberi mereka makan tanpa layanan.

Sebaliknya, anak-anak yatim tersebut yang kebanyakkannya berusia 12 tahun ke bawah dibiarkan berdiri begitu sahaja selepas majlis berbuka puasa.

Di majlis pelancaran Apek's F.C., Saiful juga memperkenalkan dua artis yang bernaung di bawah syarikatnya iaitu Chicken Disc dan D'adza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.