saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/11/2004

Surirumah mangsa jenayah ragut di Sabah meninggal dunia

KOTA KINABALU 1 Nov. - Seorang surirumah berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini awal pagi ini, kira-kira lapan jam selepas seorang lelaki menikam perut dan dadanya dalam kejadian ragut di sini.

Wanita itu, Elizabeth Wong Oi Chon, yang cedera parah dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam itu, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, yang berumur 13 tahun, Shenial Chai, mengalami kecederaan pada tiga jari tangan kanannya ketika dia cuba merampas pisau daripada lelaki itu.

Keadaannya dilaporkan stabil.

Jurucakap polis berkata, Wong dan anak perempuannya itu telah pergi ke Bazar Ramadan di Asia City di sini untuk membeli kuih-muih.

Apabila mereka kembali ke kereta mereka, yang diletakkan berhampiran dengan kompleks Sedco, seorang lelaki berambut panjang tiba-tiba muncul dan cuba meragut beg tangan Wong.

Wong cuba melawan dan lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikam perut dan dadanya.

Anak perempuannya yang cuba menolong turut menjerit meminta pertolongan yang menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan tangan kosong.

Wong sempat menghubungi Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans segera dihantar ke tempat kejadian dan membawa mereka ke QEH pada kira-kira 6.25 petang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, polis sedang memburu lelaki itu dan yakin akan dapat menahan suspek secepat mungkin. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.