saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/11/2004

ADK patut dapatkan bantuan polis

PETALING JAYA 8 Nov. - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan berkata, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) sepatutnya mendapatkan bantuan polis berhubung aspek keselamatan dan pengawalan di semua pusat serenti.

Menurutnya, ini kerana tugas kakitangan ADK yang mengawal keselamatan pusat-pusat serenti, tidak mencukupi.

Tambah Musa, adalah sesuatu yang malang kerana hingga hari ini ADK masih belum mendapatkan bantuan polis untuk mengawal pusat-pusat serenti tersebut.

``Sedangkan masalah pelatih serenti lari dan keluar masuk menjadi semakin serius.

``Polis tidak mahu ada pelatih yang lari daripada menjalani pemulihan dan melakukan jenayah termasuk samun,'' katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat pegawai-pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian terbaru 10 hingga 15 orang pelatih Pusat Serenti Kampung Baru Sungai Muntoh, Jelebu, Negeri Sembilan yang menyusup keluar dan merompak tiga pekerja Bangladesh dalam kejadian malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, pelatih yang berusia 30 hingga 40 tahun dan bersenjatakan parang serta senjata tajam lain, mencederakan mangsa sebelum merompak wang tunai RM800, telefon bimbit dan pakaian.

Pada 27 Oktober lalu, Ketua Polis Negeri Pahang, Datuk Ramli Yusuff mendedahkan mengenai terdapatnya pelatih dari salah satu enam pusat serenti di Pahang yang bebas membeli-belah dari Pahang ke Kuala Lumpur untuk membeli bekalan dadah sebelum pulang ke pusat masing-masing.

Musa menambah, polis sedia membantu ADK bila-bila masa kerana memahami kesukaran pihak terbabit untuk mengawal pelatih yang terlalu ramai.

``Polis tidak mahu dipandang hanya bertugas menangkap pelatih yang cuba melarikan diri sahaja.

``Sedangkan masalah ini dapat ditangani bersama oleh ADK dan polis.

``Jika polis turut berada mengawal pusat serenti itu, para pelatih tidak dapat melakukan sebarang jenayah atau melarikan diri.

``Kalau ada pelatih melarikan diri dan melakukan jenayah, tidak ada maknanya kita mengadakan pusat serenti,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah ADK, Datuk Hamzah Abdullah ketika dihubungi berkata, enggan mengulas insiden yang berlaku di Pusat Serenti Jelebu.

``Tunggulah sehingga suasana tenang, baru saya memberi kenyataan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.