saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 24/11/2004

UKM harus berwaspada usaha iktiraf pejuang komunis

Saudara Pengarang,
NAMPAKNYA seperti ada suatu usaha di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memberikan pengiktirafan kepada bekas-bekas pengganas komunis di Malaysia sebagai pejuang kemerdekaan.

Beberapa hari yang lalu di Utusan Malaysia di ruangan Sehari Sebuah Buku, tersiar ulasan mengenai buku Shamsiah Fakeh, seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM) Regimen Ke-10 yang berjuang di hutan Malaya dan lari ke negara komunis China setelah menerima tekanan dari pasukan keselamatan.

Buku ini diterbitkan oleh UKM.

Shamsiah kembali ke tanah air setelah Malaya merdeka dan setelah perjuangan PKM gagal, lumpuh dan diletakkan pada keadaan yang sangat hina pada pandangan rakyat Malaysia.

Pada 23 November 2004 pula, terbit ulasan sebuah buku yang berjudul Memoir Ibrahim Chik: Dari API Ke Regimen Ke-10 yang juga diterbitkan oleh UKM.

Siapakah Ibrahim Chik? Beliau bukanlah seorang yang penting tetapi UKM merasa perlu menerbitkan sebuah buku seorang bekas pengganas komunis yang tidak diterima oleh rakyat.

Menurut ulasan buku tersebut, beliau terpaksa berjuang di dalam Regimen Ke-10 yang menjadi sayap PKM kerana tidak ada pilihan lain lagi dan tidak sesuai dengan perjuangan UMNO yang berslogankan `Hidup Melayu'.

Ulasan buku ini menggambarkan seolah-olah Ibrahim Chik pandai berpidato tetapi tentu pidatonya bersifat `gendang ko-song' dan retorik yang sama seperti suara pejuang-pejuang komunis dan sosialis yang menjadi golongan `bankrap' dalam catatan sejarah tanah air dan sejarah dunia.

Pihak berkuasa di UKM seharusnya sentiasa berwaspada terhadap usaha yang dijalankan oleh beberapa orang bekas komunis di UKM yang secara diam-diam mahu memberikan pengiktirafan kepada perjuangan sesat oleh beberapa orang nasionalis Melayu kiri yang terpengaruh dengan PKM.

Perbuatan UKM menerbitkan buku seperti ini menyakitkan hati pejuang-pejuang kemerdekaan, polis dan tentera yang telah mempertahankan negara ini dari keganasan PKM dengan menggunakan nasionalis kiri Melayu dengan matlamat utama untuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan Parti Komunis China.

Bekas-bekas komunis yang diberikan ihsan untuk berkhidmat di UKM seharusnya sedar bahawa mereka telah diberikan kemaafan berbanding di negara-negara lain yang menghukum dengan kejam penderhaka-penderhaka kepada bangsa dan tanah air. - PUTERA MALAYSIA, Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.