saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/11/2004

Pelajar dikelar enggan pinjamkan telefon bimbit

ZAINUN Josoh menunjukkan bahagian leher anaknya, Ahmad Albaihaqi Ariffin yang menerima jahitan selepas dikelar oleh seorang penagih dadah di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 24 Nov. - Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, nyaris maut setelah lehernya dikelar dengan sebilah pisau rambo oleh seorang pemuda kerana enggan memberi pinjam telefon bimbitnya di kawasan hutan nipah Kampung Laut berhampiran Pengkalan Nyiur, di sini malam tadi.

Mangsa, Ahmad Albaihaqi Ariffin Billah, 16, dari Kampung Belukar Jambu, Cendering, terpaksa bertarung nyawa dan bersembunyi di celah pokok rotan hampir satu jam sebelum dia ditemui sepupunya, Hasbullah A. Wahab dan penduduk kampung.

Ketika ditemui, mangsa berlumuran darah dengan luka sepanjang 11 sentimeter, kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

``Saya tidak sangka dia sanggup membunuh hanya kerana tidak mahu meminjamkan telefon bimbit kepadanya,'' kata Ahmad Albaihaqi yang baru-baru ini menerima anugerah kecemerlangan Yayasan Terengganu bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana mendapat 9A.

Ahmad Albaihaqi yang masih terkejut ketika menceritakan detik-detik yang hampir meragut nyawanya kepada Utusan Malaysia hari ini memberitahu, sebelum kejadian dia sepatutnya menjemput kakak sepupu di Kuala Ibai.

Bagaimanapun, katanya, dia terpaksa berpatah balik berseorangan menunggang motosikal ke rumahnya di Kampung Belukar Jambu.

``Kira-kira 500 meter nak sampai rumah, lelaki itu tahan saya dan saya terpaksa berhenti kerana jalan sempit. Dia (suspek) tidak mendesak tetapi meminta secara baik supaya menghantarnya menemui seorang rakan di balai raya,'' katanya.

Ahmad Albaihaqi seterusnya mengikut arahan pemuda itu supaya membelok ke kanan jalan setelah mendapati rakannya tiada di balai raya berkenaan.

``Dia kemudian meminta telefon bimbit saya untuk menghubungi rakannya tetapi saya enggan meminjamkannya.

``Dia suruh saya hentikan motosikal dan tergesa-gesa turun.

``Kemudian saya terasa leher panas dan menoleh ke belakang serta terkejut melihatnya bengis dan cuba mengelar leher saya lagi tetapi sempat saya tepis dan dia terjatuh.

``Suspek mengejar saya lari masuk ke dalam kawasan hutan paya nipah di sebelah kiri jalan tetapi saya sempat tinggalkan dia jauh di belakang.

``Saya menyembunyikan diri di sebalik pokok rotan dan cuba menahan nafas bagi mengelakkan diri dari dikesan. Pada masa sama, saya cuba mendapatkan bantuan daripada sepupu, Hasbullah A. Wahab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi tiada sebarang reaksi,'' katanya.

Ahmad Baihaqi tidak berputus asa dan menghubungi kakak Hasbullah, Rokmawati dan memaklumkan kejadian itu tetapi saudara perempuannya itu tidak percaya dan menyangka dia hanya bergurau.

Setelah hampir sejam bersembunyi di celah pokok rotan, Ahmad Baihaqi berkata, dia nekad keluar untuk menyelamatkan diri setelah terdengar laungan azan Isyak kira-kira pukul 8.10 malam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Terengganu (HKT) dan diberi rawatan kecemasan serta menerima 21 jahitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Ayob Abd. Kadir berkata, kes itu dikategorikan sebagai samun bersenjata mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis telah melancarkan gerakan mencari suspek berusia 27 tahun dipercayai penagih dadah yang dipercayai melarikan diri dengan motosikal mangsa plat nombor TAG 2986.

Mangsa yang ditemani bapanya, Ariffin Billah Awang, 46, membuat laporan di pondok polis HKT kira-kira pukul 10.20 malam.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.