saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/12/2004

Siti Elizad - Ketagih ekstasi kerana kawan


Siti Elizad.


DARIPADA gadis berkerudung yang begitu bersopan santun akhirnya Siti Elizad Mohd. Sharifudin, 20, bertukar menjadi gadis liar yang dikuasai pil ekstasi. Siti Elizad atau Ejad bertukar menjadi gadis liar kerana silap memilih kawan sewaktu berada di kota kosmopolitan. Tambahan pula kawannya adalah seorang lelaki samseng yang mengedar pil ekstasi dan melacurkan perempuan. Biarpun begitu Ejad tetap mencintai lelaki tersebut.

Jelas Ejad, apabila dikuasai pil tersebut dia seakan tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Sebaliknya dia lebih senang melayan perasaan dengan menari di disko.

Bila dapat menari sambil menggoyangkan kepala dan pinggul, hatinya merasa puas.

Kata Ejad, meskipun dia berada di dalam dunia tersendiri sewaktu menari, namun dia masih sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.

Ini kerana perbuatan Ejad itu hanyalah sekadar lakonan bagi menghidupkan watak Ria yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam filem Gangster.

Dalam filem arahan Badaruddin Haji Azmi atau Bade itu, Ejad berpasangan dengan Rosyam Nor yang memegang watak Nala.

Kata Ejad, dia tidak menghadapi masalah untuk menari tapi untuk memastikan dirinya dalam keadaan khayal angkara pil ekstasi, dia mendapatkan pandangan orang lain.

``Saya ada bertanya pada beberapa orang bagaimana keadaan mereka yang sedang khayal kerana ekstasi. Dari penerangan mereka, saya cuba menghidupkan senario tersebut dengan cara tersendiri.

``Sebenarnya pening kepala saya kerana setiap kali penggambaran di disko, saya perlu menari sambil menggoyangkan kepala dan tangan ditunjuk ke atas,'' cerita Ejad tentang pengalamannya untuk adegan di disko.

Tambah Ejad, dia tidak menghadapi masalah untuk membawa watak Ria berbanding Zulhijah yang lemah lembut dan berkerudung. Zulhijah merupakan watak pertama lakonannya untuk filem Berlari Ke Langit.

Katanya, watak Ria ada persamaan dengannya yang bebas dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

``Tetapi bebas saya tidak sampailah terjebak dengan perbuatan yang tidak sihat,'' katanya sambil tersenyum.

Ejad yang merupakan anak keempat daripada lima beradik dan berasal dari Kuala Lumpur itu memberitahu, sejak berlakon filem Berlari Ke Langit dan Gangster, dia terus jatuh cinta pada bidang lakonan dan mengambil keputusan untuk menjadikan lakonan sebagai kerjayanya.

Biarpun kini mendapat banyak tawaran berlakon, namun Ejad tidak berani menerimanya lagi. Ejad ingin menanti reaksi orang ramai terhadap lakonannya dalam filem Gangster dulu.

``Biar penonton nilai lakonan saya dalam filem Gengster dulu, barulah saya terima tawaran lain,'' jelasnya yang meminati lakonan Elly Suriati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.