saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 13/12/2004

Sastera Perdana - Pasang surut sastera Melayu

TAKWIM sastera Melayu mencapai kemuncaknya apabila pihak penganjur, Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan para pemenang Hadiah Sastera Perdana 2002/3 dengan pelbagai warna kepada sastera mutakhir.

Kemenangan beberapa karya membuktikan bahawa dunia sastera masih tidak tandus karya-karya yang bermutu dan mengesahkan tahap pencapaian penulis terbabit.

Namun agak mendukacitkan tidak kelihatan nama-nama baru dalam barisan penerima, kecuali nama-nama lama yang muncul kembali dalam panca warna sastera.

Di sebalik kerancakan penghasilan sesetengah genre sastera, terdapat pula genre yang berdepan dengan situasi kritikal.

Situasi kritikal itu tidak disebabkan oleh tiadanya pemenang, tetapi diburukkan lagi dengan kekurangan pencalonan bagi sesetengah kategori.

Malah pencalonan sesetengah karya untuk kategori terbabit seolah-olah tidak mampu mengisi lowongan yang tersedia.

Kekosongan tersebut menunjukkan bahawa bidang penulisan di negara ini mempunyai ruang untuk para penulisnya meneroka serta berkarya.

Demikian juga kemampuan penulis muda untuk mengisi tempat ruang pelbagai kategori selepas generasi penulis mapan seolah-olah meninggalkan tanda tanya mengenai masa depan sastera Melayu.

Laporan panel yang menyebut bahawa kebanyakan 77 buah karya untuk kategori novel menunjukkan penguasaan kuantiti para penulis muda, namun mutunya masih tidak menjanjikan sesuatu di sebalik bakat besar yang dimiliki.

``Novel penulis muda mempunyai kekuatan penulisan dari sudut kuantiti, tetapi belum cukup mantap dari segi kualiti, tema, perwatakan, latar dan teknik penulisan.

``Kebanyakan novel-novel tersebut membicarakan hal-hal kehidupan anak-anak remaja yang dipenuhi dengan persoalan-persoalan cinta, rindu, cemburu, cinta tiga segi, kekeluargaan dan sebagainya,'' jelas laporan itu.

Laporan itu menambah, pengarang muda memperlihatkan bakat yang besar dan menjanjikan satu fenomena kegemaran membaca untuk generasi akan datang.

Kejayaan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Shahnon Ahmad memenangi Kategori Buku/Kumpulan Karya Perseorangan dengan hadiah wang tunai RM10,000 melalui novel Lamunan Puitis: Sebuah Trilogi memberikan warna-warni menarik kepada sastera Melayu dengan hidangan karya yang mantap.

Penulis muda berbakat dari Pahang, Sahrunizam Abdul Talib memecahkan tembok penguasaan penulis mapan dan ternama dengan Kumpulan Puisi, Bahasa Senjata.

Secara keseluruhan dominasi penulis mapan dalam Hadiah Sastera Perdana kali ini cukup ketara dalam semua kategori.

Malah ketiadaan generasi pelapis untuk menghasilkan tulisan seperti Kumpulan Esei/Kritikan, Buku Kajian, Biografi dan Drama seharusnya diberi perhatian serius.

Ia juga merupakan cabaran kepada ahli akademik muda yang sepatutnya menggalas tugas untuk sama-sama mengangkat tradisi kritikan sastera yang berwibawa dan jitu.

Lebih menyedihkan kelompok generasi muda dalam seni pentas tanah air yang sering menghasilkan skrip dan mengarah teater seolah-olah barisan yang hampas.

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/3

Kategori Buku/Kumpulan Karya Perseorangan RM10,000)

1. Novel - Lamunan Puitis: Sebuah Trilogi (Sahnon Ahmad)

2. Kumpulan Puisi - Bahasa Senjata (Sahrunizam Abdul Talib)

3. Kumpulan Cerpen - Tiada Pemenang

4. Kumpulan Drama - Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

5. Kumpulan Esei/Kritikan - Ziarah Ke Timur (Md. Salleh Yaapar)

6. Buku Kajian - Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu (Jelani Harun)

7. Biografi - Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi (Zurinah Hassan)

Kategori Eceran (RM1,000)

A. Puisi

1. Pertemuan di Hyde Park (Adi Badiozaman Tuah)

2. Manuskrip Luka Bangsa (Ahmad Shukri Abdullah)

3. Terengganu Dalam Sajak (Nawawee Mohammad)

4. Selamat Tinggal Topeng-topeng (Solihin Osman)

5. Tanah Nurani (Shamsuddin Othman)

6. Musim Landas (A.Aziz Deraman)

7. Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian (Baharuddin Zainal)

8. Kita Katakan Tidak (Rahman Shaari)

9. Pagi (Jamaluddin D)

10. Malam Terakhir Nadim (Siti Raihani Mohd. Saaid)

11. Mengenangmu Iqbal ( A. Samad Said)

B. Cerpen

1. Tahun Depan di Jerusalem (Azman Hussin)

2. Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

3. Monolog (Dahiri Saini)

4. Alkisah Ahmad Pualam (Zainal Rashid Ahmad)

5. Menanam Pokok Jati (Siti Zainon Ismail)

6. Balada Si Angsa Hitam (Noordin Hassan)

7. Perjuangan (Md. Noor Salleh

8. Si Penggaru Kalbu (Syed Mohd. Zakir Syed Othman)

9. Surat Sastera Dari Malino (Muhammad Abdul Biang)

10. Cik Siti Mustika (Faisal Tehrani_

11. Satu Episod di Kriankrai (Hashim Latiff)

12. Putera Tanpa Bumi (Zurinah Hassan)

13. Petani Tua Dari Karbala (Aminah Mokhtar).

C. Drama

1. Asiah Samiah (Johan Jaaffar)

2. Bisikan Malaya (Anuar Nor Arai)

D. Esei/Kritikan

1. Naratif Ogonshoto: Perspektif Wacana Kuasa dan Hegemoni (Awang Azman Awang Pawi)

2. Sastera Pengikis Jelaga Cemeni Nurani (Muhammad Abdul Biang)

3. Memecahkan Dikotomi Totok Sains dan Sastera (Rahmat Haroun)

4. Dari Etnosentrisme ke Eurosentrisme: Memposisikan Wacana Abdullah Tentang Orang Melayu (Noriah Taslim)

5. Kematian: Naratologi dan Penilaian Semula Teori-teori Naratif (Noriah Taslim)

6. Teori Sastera Mandiri Dalam Perkembangan Globalisasi (Md. Salleh Yaapar)

7. Asar Belum Berakhir: Aplikasinya terhadap Teori Takmilah (Mohamad Mokhtar Abu Hassan)

Kategori Kesusasteraan Kanak-kanak (RM5,000)

1. Novel - Memori Atiah (Awang Abdullah)

2. Kumpulan Cerpen - Impian Kami (Halis Azhan Mohd. Hanafiah

3. Kumpulan Puisi - Tiada Pemenang

4. Kumpulan Drama - Tiada Pemenang

Kategori Kesusasteraan Remaja (RM5,000)

1. Novel - Trilogi Cinta (Siti Jasmina Ibrahim)

2. Kumpulan Cerpen - Gamitan Lausanne (Baharudin A. Manan)

3. Kumpulan Puisi - Memetik Mawar (Lim Swee Tin)

4. Kumpulan Drama - Tiada Pemenang

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.