saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/12/2004

VE - Peminat hanya orang kota?


KUMPULAN VE.



KUMPULAN VE adalah antara kumpulan R&B yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tempatan. Selain berbakat menyanyi, mereka juga amat menonjol dengan gaya dan fesyen pakaian terkini. Dengan stail rambut berwarna-warni serta fesyen pakaian terkini lagi berjenama, VE ternyata mampu memikat hati para peminat terutamanya di bandar.

Namun, bagaimana pula dengan peminat di luar bandar? Mampukah VE atau Versus Of Euphonious mencuri perhatian mereka?

``Kami yakin boleh menarik ramai peminat dari luar bandar. Apa yang penting lagu-lagu yang kami bawakan sedap didengar dan sesuai untuk orang bandar dan luar bandar,'' kata Zaf, salah seorang anggota VE.

Sambutan split album VE bersama Ruffedge berjudul Extreme Pleasure, menurut Zaf atau Zafri Nazaruddin, 24, membuktikan lagu mereka turut diterima pendengar luar bandar.

Jelas Zaf, album itu berjaya dijual sebanyak 25,000 unit.

``Saya yakin jumlah jualan itu turut melibatkan pembelian pendengar luar bandar. Jika album itu hanya dijual di kawasan bandar sahaja jualannya mungkin tidak sebanyak itu.

``Ini kerana, peminat di bandar mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli mana-mana album yang mereka suka,'' ujarnya.

Ekoran sambutan terhadap album itu, VE bakal tampil dengan album baru berjudul For You yang akan berada di pasaran mulai 23 Disember ini.

Menerusi album itu, VE menampilkan tujuh lagu Inggeris dan empat lagu Melayu.

Apa yang menarik, kesemua lirik dan lagu-lagu dalam album itu dicipta sendiri oleh anggota-anggota VE.

``Kami hanya menggunakan khidmat komposer Adnan Abu Hassan untuk menyusun semula lagu Detik Bersama yang kami cipta,'' ujar Zaf lagi.

Satu lagi perkembangan terbaru VE, kelab peminat mereka yang dikenali sebagai Groove Phamily telah ditubuhkan.

``Ia diuruskan oleh Zeal Entertainment dan setakat ini kami mempunyai kira-kira 2,000 ahli,'' kata Zaf.

Selain Zaf, VE turut dianggotai oleh Abdullah Ahmad (Lah), 24, Shahrin Azmir Mohd Saaharuddin (Shah), 24, dan Damian Seet (Damian), 26.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.