saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/12/2004

Jangan jadikan bencana banjir pesta air - Najib

KOTA BHARU 14 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penduduk-penduduk di Pantai Timur tidak menjadikan bencana banjir yang berlaku sekarang sebagai pesta air kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, golongan remaja dan kanak-kanak sering beranggapan banjir sebagai pesta dengan berenang di kawasan-kawasan takungan air.

``Tindakan seumpama itu boleh menyebabkan mereka kehilangan nyawa dan sebagainya,'' katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau mengadakan lawatan singkat ke Kelantan bagi meninjau perkembangan bencana banjir di negeri itu yang setakat ini mengorbankan sembilan nyawa manakala jumlah yang dipindahkan melebihi 7,000 orang.

Najib juga menegur sikap sesetengah penduduk yang sengaja melengah-lengah untuk berpindah walaupun diberi amaran dan nasihat mengenai ancaman banjir di tempat mereka.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana keadaan banjir di Kelantan hari ini semakin pulih berbanding semalam serta berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.

Katanya, walaupun terdapat sedikit masalah dari segi lojistik namun ia dapat diatasi oleh pihak-pihak yang berkenaan.

``Sebenarnya bilangan lojistik mencukupi jika keadaan banjir adalah biasa tetapi keadaan banjir kali ini agak luar biasa dan merupakan paling buruk pernah dialami, oleh itu bilangan bot diperlukan lebih daripada apa yang dapat disediakan, ini keadaan yang begitu luar biasa sekali, namun demikian kita akan ambil iktibar untuk perhatian masa akan datang,'' katanya.

Najib berkata, berikutan keadaan yang semakin pulih, tumpuan kini akan diberikan kepada kesan akibat banjir itu.

``Saya telah meminta agensi yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi memulihkan kemudahan awam kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik dan telefon,'' katanya.

Kerajaan juga, kata beliau, akan mengkaji kerosakan harta awam seperti jalan raya dan jambatan akibat banjir yang berlaku.

``Kerosakan kepada kemudahan awam ini akan diberi perhatian demi kemudahan kepada orang ramai,'' katanya.

Najib berkata, bantuan kecemasan itu diberikan kepada semua negeri yang dilanda banjir dan setiap tahun Kerajaan Pusat memperuntukan RM20 juta untuk bantuan bencana alam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.