saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/12/2004

Chong Wei buru kejuaraan hatrik


PEMAIN badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei memburu kejuaraan hatrik apabila memulakan kempen Grand Prix Kebangsaan Akhir di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini bagi melengkapkan tahun 2004 yang memberangsangkan.

Selepas memenangi dua gelaran antarabangsa - Terbuka Malaysia dan Taiwan, selain naib juara Terbuka Singapura, Chong Wei menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan 21-24 Disember itu.

Malah, Chong Wei, pemain nombor lapan dunia juga turun dengan reputasi selaku juara dua siri grand prix kebangsaan - Terbuka Melaka dan Selangor.

Bagaimanapun juara 2002 dan 2003 itu tidak akan menerima laluan mudah dalam usaha mempertahankan kejuaraan, sebaliknya dia dijangka berdepan cabaran daripada rakan-rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan.

Juara Seluruh England 2003, Muhd. Hafiz Hashim yang menjadi lawan Chong Wei dalam dua perlawanan akhir grand prix berturut-turut - Melaka dan Selangor sekali dilihat sebagai pencabar utamanya.

Naib juara dunia dan pemain nombor dua negara, Wong Choong Hann juga masih perlu diberi perhatian, selain pemain muda sedang meningkat, Yeoh Kay Bin dan Kuan Beng Hong.

Chong Wei perlu mengetepikan bekas pemain kebangsaan dan juara Terbuka Malaysia 2003, James Chua, bekas juara Terbuka Selangor, Ismail Saman dan Raymond Steven untuk menjuarai Kumpulan A, sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir.

Hafiz pula menjadi pilihan untuk menjuarai kumpulan B yang turut dibarisi oleh K. Yogendran, Lim Kenn dan Lim Chen Wet.

Manakala Kay Bin dan Beng Hong diletakkan dalam Kumpulan C bersama Mohd. Hazwan Jamaluddin dan Chong Li Qun.

Choong Hann pula dijangka tidak menghadapi masalah untuk menjuarai Kumpulan D yang turut dianggotai Chong Wei Feng, Mohd Nazaree Ahmad dan Law Yen Thien kelak.

Sementara itu, kombinasi Chan Chong Ming-Koo Kien Keat yang semakin menunjukkan keserasian dijangka menentang pasangan muda sedang meningkat, Tan Bin Shen-Ong Soon Hock dalam saingan akhir beregu lelaki.

Pemain senior, Chew Choon Eng yang tidak akan bergandingan dengan Choong Tan Fook, sebaliknya bersama Gan Teik Chai turut menjadi tumpuan.

Keputusan keseluruhan Grand Prix Kebangsaan Akhir dijangka akan mempengaruhi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila menyusun semula kedudukan pemain kebangsaan tahun depan.

Badan badminton negara itu dijangka menggugurkan pemain yang gagal mempamer persembahan memberangsangkan sepanjang tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.