saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/12/2004

Chong Wei, Hafiz hampiri separuh akhir

DUA pemain pilihan, Lee Chong Wei dan Muhd. Hafiz Hashim semakin hampir ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Kebangsaan Proton-Eon 2004 apabila mencatat kemenangan mudah ke atas lawan masing-masing di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

Juara dua tahun berturut-turut, Chong Wei terpaksa berhempas pulas selama 39 minit sebelum mengenepikan naib juara lalu, Ismail Saman 6-15, 15-4, 15-3.

Chong Wei yang mendapat kemenangan percuma daripada James Chua pada sebelah pagi dikejutkan oleh Ismail apabila dia tersungkur pada set pertama 6-15.

Namun Chong Wei yang memburu gelaran ketiganya pada kejohanan ini bangkit dengan kemenangan mudah 15-4 dalam masa tujuh minit pada set kedua sebelum melengkapkan kemenangan dalam masa 12 minit dengan 15-3 dalam set penentuan.

Juara Seluruh England 2003, Muhd. Hafiz pula hanya mengambil masa 21 minit ketika menjinakkan K. Yogendran 15-6, 15-1 untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir.

Terdahulu, Muhd. Hafiz menang dalam perlawanan pertamanya dengan menumpaskan Lim Kenn 15-9 , 15-9 dalam masa 25 minit.

Katanya, dia tetap berhati-hati dalam setiap perlawanan walaupun lawannya kurang ternama tetapi masih mampu melakukan kejutan.

Dalam bahagian wanita, penyandang juara, Woon Sze Mei turut mencerahkan laluannya ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan kedua menumpaskan Amelia Alicia Anscelly 11-3, 3-11, 13-11.

Sebelum itu, Sze Mei menundukkan K. Sugita 11-9, 11-10 dalam perlawanan awal. Hasrat Sze Mei mengekalkan kejuaraan cerah apabila pencabar utamanya yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2003, Wong Mew Choo tidak bertanding.

Pusingan akhir Grand Prix Kebangsaan ini menawarkan hadiah bernilai RM84,000 dengan juara perseorangan lelaki menerima RM7,000 dan juara beregu menerima RM11,000.

Perseorangan wanita pula akan menerima hadiah RM4,000 dengan beregu wanita RM4,800 sementara beregu campuran menerima RM3,200.

JADUAL HARI INI

6.00 ptg - Bergu campuran.

6.45 ptg - Perseorangan wanita.

7.30 mlm - Perseorangan lelaki

9.00 mlm - Bergu wanita

9.45 mlm - Bergu lelaki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.