saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 22/12/2004

Pengecat rumah cuba ragut rantai lelaki dipenjara dua tahun

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang pengecat rumah dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba meragut seutas rantai leher emas milik seorang lelaki yang sedang membeli minuman di sebuah gerai.

Majistret Nazran Mohd. Sham memerintahkan hukuman terhadap Mah Yoon Keong, 31, berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lalu.

Yoon Keong yang memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan sayu ketika hukuman itu dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa telah cuba meragut seutas rantai leher emas miliki S. Rajamal, 28, kira-kira pukul 1.40 petang, 2 Ogos lalu, di Jalan Landak off Jalan Pudu di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Yeak Tiew Poh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman, Yoon Keong memberitahu bahawa dia adalah penanggung tunggal keluarganya yang terdiri dari ibu, bapa dan neneknya yang sudah tua.

``Saya mencuri rantai itu atas pengaruh kawan-kawan dan desakan kehidupan kami yang miskin. Mohon hukuman saya diringankan,'' kata Yoon Keong.

Tiew Poh pula bangun sambil menyatakan bahawa tertuduh mempunyai empat kesalahan lampau yang dilakukannya antara 27 Januari 1994 dan 1 Oktober 2001.

``Mohon mahkamah mengambil kira bahawa tiga di antara kesalahan lampau tertuduh adalah membabitkan kesalahan yang hampir sama iaitu mencuri.

``Kes ragut juga semakin serius berlaku sejak akhir-akhir ini. Mohon hukuman yang setimpal,'' kata Tiew Poh.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa sedang membeli air minuman di sebuah gerai, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh tertuduh dan rakannya yang masih bebas lalu meragut rantai leher yang dipakai mangsa.

Akibat kejadian itu, mangsa dan tertuduh telah terjatuh di tepi jalan. Mangsa yang cedera telah menjerit meminta tolong.

Hasil bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian, tertuduh berjaya ditahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.